:: PENGIKUT ::

Saturday, January 31, 2009

Kanak-kanak Comey...


PIX 1 : Muhammad Irfan Danial aka Irfan@Cifan ketika montel....

PIX 2 : Irfan baru2 nak montel... CUTE kan? Rase macam mau geget je die nih....

PIX 3 : Irfan di zaman muda2... hehe...

PIX 4 : Budak busyuk ni bernama Dania Imanina... Suke sengeh camtu...  Tape2 tomey juge... 

PIX 5 : Name baby ni... Kayra Elyana... Name tak mo kalah ini budak.. hihi... satu pix ni je yang ade... yang lain tak jumpe pule... isk!

PIX 6 : "Hye.. My name is Husna.. Peace up!" =)

PIX 7 : Adek & kakak... both COMEY....

PIX 8 : Name caye pule... Hannah Farida... Comey tak caye?

PIX 9 : Ngeee~ Nyanya (Dania) suke senyum cam ni... Tomey kan Nyanya wat cmni...

PIX 10 : Nyanya la ni... 

PIX 11 : Grrrrr......  

PIX 12 : Husna, Hannah and Dania...

PIX 13 : Irfan Danial la...


PIX 14 : Irfan's lil bro... Muhammad Irzanish...

PIX 15 : Baby Zanish yg SANGAT COMEY lagi CHUBBY!

PIX 16 : Hahaha.... Comel2 kan kami sume? Macam kakak sepupu kami juge... Miss Indee... =D

@>-- Saje nak simpan gambar kekanaks aka my kazens kat dlm blog nih... Rindu2 tgk je kat sini... Senang.... huhu.... 

Isi masa lapang anda dengan membaca... Sekian terima kasih...

Pada 22 Januari 2009, makcik Joyah datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya.

Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang Bell Boy telah membawakan beg makcik Joyah menuju ke biliknya.

Makcik Joyah mengikuti langkah Bell Boy itu dan ketika Bell Boy tersebut menutup pintu makcik Joyah melihat keadaan di sekelilingnya lalu makcik Joyah terus memarahi Bell Boy itu.

"Anak muda! Makcik mungkin tua dan datang dari kampung dan agak kekampungan sikit kot, tapi makcik ni takdelah buduh sangat! Kamu tau tak makcik bayar mahal untuk tinggal kat hotel ni tapi bilik ni tak berbaloi sekuman pun dengan duit yang makcik da keluarkan tu!! Dah la bilik kecik! Kemudahan takde, TV takde, bilik air takde, katil pun takde? Habis makcik nak tidur kat mane? Kat mane makcik mau mandi? Katakan? Anak muda... Katakan???"

"Wahai makcik yang dihormati, yang ni bukan bilik la makcik... Ini LIF, kejap lagi kita sampai kat bilik makcik ye" jawab Bell Boy itu dengan slumber kebengangan.

@>-- Hehe... Tengah tade idea mau tulis ape... Layankan aje crite merepek ini....

Tuesday, January 20, 2009

Physics = Easy = Maths


(Teringat zaman study dulu... Study integration pening wo! Budak ni senang2 je selesaikan soalan integration nih... even takde kaitan ngn soalan... hehe...)

@>-- Siapa yang kate Maths ngn Physics susah? Tipu la korang... haha... =p



Saturday, January 17, 2009

.:: Cinta dan Kesetiaan ::.


>> Sesuci Cinta Zulaikha dan Nabi Yusuf A.S. <<

Entri kali ini boleh dikatakan sebagai topik agak berat yang Miz nak kongsikan. Kali ini Miz nak berkongsi dengan semua orang tentang sebuah kisah percintaan agung yang ada termaktub di dalam Al-Quran. Pada pendapat Miz kisah percintaan Romeo dan Juliet ataupun kisah cinta Qaisy dan Laila mahupun kisah percintaan Sultan Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal tidak setanding dengan kisah percintaan Zulaikha dan Nabi Yusuf A.S.

Miz amat mengkagumi kesetiaan Zulaikha terhadap orang yang disayanginya dan kesetiaan Zulaikha inilah membuatkan Miz berazam untuk menjadi seorang yang setia jika suatu hari nanti Miz dipertemukan dengan orang yang benar-benar Allah S.W.T janjikan untuk Miz. InsyAllah.

Kita sedia maklum dan sentiasa diingatkan bahawa setiap manusia itu dijadikan oleh Allah S.W.T berpasang-pasangan. Lelaki dan wanita itu dikatakan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain tidak kiralah manusia itu seorang ahli perniagaan ke, ahli politik ke, doktor ke, penjual cendol ke, cikgu ke, tukang angkat sampah ke, nelayan ke or siapa-siapa sahaja

Jadi kita semua umat manusia sememangnya telah diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai pasangan masing-masing. Oleh itu, kita tidak perlu bimbang dan risau mengenai siapakah insan yang bakal menjadi pasangan hidup kita suatu hari nanti kerana Allah S.W.T Maha Adil dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Mungkin suatu perkara yang perlu kita pegang dalam hidup ini supaya kita dijodohkan dengan insan yang benar-benar terbaik untuk kita iaitu :-

“Wanita-wanita yang baik-baik itu untuk lelaki-lelaki yang baik-baik dan lelaki baik-baik itu untuk wanita-wanita yang baik-baik.” [QS. An Nur : 26]

Dan perkara seterusnya yang perlu kita lakukan ialah berdoa dan juga bertawakal kepadaNya.

Kita sebagai umat Islam pasti telah didedahkan tentang kisah-kisah percintaan para Nabi dan Rasul serta isteri. Sebagai contoh kisah Nabi Adam A.S. dan isteri yang bernama Hawa, kisah Nabi Muhammad S.A.W dan salah seorang isteri baginda Saiyiditina Khadijah, kisah Nabi Ibrahim A.S dan isteri-isteri bernama Hajar dan Sarah, kisah Nabi Sulaiman A.S dan Balqis serta kisah Nabi Yusuf A.S dan Zulaikha.

Namun begitu di dalam banyak-banyak kisah percintaan romantis para Nabi dan Rasul itu, kisah Nabi Allah Yusuf A.S dengan Siti Zulaikha paling menyentuh perasaan. Kisah mereka paling tragis, mengharukan, menyedihkan dan akhirnya penderitaan itu sampai ke titik penghujungnya iaitu kebahagiaan selamanya.

Zulaikha? Siapakah Zulaikha itu sebenarnya? Jika kita refer tafsir Al-Quran, Zulaikha merupakan isteri kepada pembesar Mesir bernama al-Aziz yang telah membeli Nabi Yusuf A.S dan kemudiannya Nabi Yusuf A.S telah dijaganya seperti anak. Di dalam Al-Quran juga ada menyentuh tentang Zulaikha sebagai wanita yang tidak tahu menjaga kehormatan diri kerana telah menggoda Nabi Yusuf A.S dan sanggup membuat fitnah kepada Nabi Allah Yusuf A.S apabila tidak berjaya memilikinya.

Adakah Zulaikha wanita seperti itu? Kita tiada hak untuk menilai siapa itu Zulaikha kerana kedudukannya yang mulia, tidak akan dia diangkat darjatnya untuk sehidup semati dengan Nabi Allah Yusuf A.S.

Seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran, di dalam Surah Yusuf, Allah mengkhabarkan sejelas-jelasnya kisah seorang insan pilihan Allah yang diberikan mukjizat.

Allah memberikan kelebihan kepada Nabi Yusuf berupa wajah yang tersangat tampan sehingga tiada dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki di dalam dunia ini.

Kerana kekacakan baginda itulah yang menyebabkan Zulaikha telah jatuh hati kepadanya. Dengan pujuk rayu, Zulaikha cuba menarik Yusuf agar melakukan kemungkaran namun Yusuf berlindung dengan Allah dari sebarang kemaksiatan. Melihatkan pujukannya tidak berhasil, Zulaikha berkeras sehingga akhirnya dia menarik belakang baju Yusuf sehingga terkoyak di bahagian belakangnya.

Kisah Nabi Yusuf yang difitnah berzina ini juga ada dijelaskan dalam Al-Quran, Surah Yusuf :

[24] Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.

[25] Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.

[26] Yusuf pula berkata: “Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:” “Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.

[27] Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar”.

[28] Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.

Bagi mengelakkan terjadinya perkara umpama itu, Yusuf merelakan dirinya dibuang ke dalam penjara. Ini semua dinyatakan dengan terang di dalam Al-Quran.

Walaupun Yusuf telah dipenjarakan, Zulaikha masih tidak dapat melupakanYusuf. Memandangkan hal itu, suaminya Al Aziz itu lantas menceraikannya dan membiarkan Zulaikha hidup merana keseorangan.

Zulaikha hilang segala-galanya yang pernah dimilikinya suatu masa dahulu. Dia kehilangan kekayaannya, kekuasaannya, kecantikannya dan menjadi juga menjadi buta.

Ini kerana Zulaikha dikatakan menangis sehingga keluar airmata darah kerana merindui Yusuf selama Yusuf dipenjara menyebabkan matanya rosak dan seterusnya buta. Dia berdoa kepada Berhala agar dikurniakan semula pandangan matanya agar suatu hari kelak dia berupaya bertemu dan melihat Yusuf kembali.

Zulaikha kemudian menyedari kesesatan jalan hidupnya selama ini. Keinsafan itu membawa kepada Zulaikha mencari cinta teragung yang menemukan Zulaikha dengan cinta kepada penciptanya. Zulaikha menemui cinta teragung itu dan di hatinya kini hanya ada Allah S.W.T.

Suatu hari sewaktu Nabi Allah Yusuf berjalan melihat Bandaraya Mesir yang sibuk itu, Yusuf telah bertemu dengan Zulaikha di dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Zulaikha buta dan berkeadaan seperti tidak terurus. Melihatkan akan hal itu, Yusuf merasa sebak dan terus membawa Zulaikha pulang untuk dirawat.

Dengan izin Allah, Zulaikha dapat melihat kembali. Allah kemudiannya mengembalikan keremajaan dan kecantikan Zulaikha sehingga menyebabkan Yusuf jatuh cinta kepadanya. Mereka kemudiannya berkahwin.

Di malam pengantin mereka, Yusuf telah bersiap-siap berdandan untuk sebuah pertemuan bagi melepaskan rindu berahi. Namun Zulaikha tidak berhenti-henti beribadat dan berzikir sehingga Yusuf merasa sudah tidak sabar. Akhirnya Yusuf menarik baju Zulaikha sehingga terkoyak baju Zulaikha di bahagian belakang. Di saat itu menjelma Malaikat Jibrail,

“Hai Yusuf!! Sesungguhnya baju dengan baju. Maka dengan ini tertebuslah maruah Zulaikha!!”

Berbahagialah mereka berdua kemudiannya sehingga ke akhir hayat. Hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang tersangat cantik bernama Rahmah yang kemudiannya berkahwin dengan Nabi Allah Ayub A.S.

Begitulah kisah percintaan dan kesetiaan Zulaikha terhadap insan yang dikasihinya iaitu Nabi Allah Yusuf. Miz harap kisah cinta yang penuh dengan elemen kesetiaan ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada kita semua tidak kira kaum Hawa mahupun kaum Adam sekiranya kita menginginkan kebahagian yang kekal dalam sesuatu hubungan. So, akhir kata dari Miz belajarlah untuk menjadi seorang yang
SETIA.


@>-- Cerita ini Miz telah adaptasi dari sumber-sumber yang Miz peroleh dari internet dan juga tafsir Al-Quran.

Friday, January 9, 2009

* Background Color *


Miz terpaksa menukar background color utk kali yang ke 2...


Miz terpaksa mengambil tindakan ini kerana ade seorang 'mak cik' tu complaint tak bole melepak dalam blog Miz ni lama2...

Mata die agak kekaburan...

Tu la orang suruh tuka spect baru kamu tamo... kan da kabur2 mata tu... =p.

Pas ni bole la 'mak cik' nak melepak dalam my blog ni lama2 k! Hehe...



Saya yang prihatin,
Miz aka Miss Indee... =p

Wednesday, January 7, 2009

~ LiFe ~


Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there, to serve some sort of purpose, teach you a lesson, or to help you figure out who you are or who you want to become.

You never know who these people may be - a roommate, a neighbour, a professor, a friend, a lover, or even a complete stranger - but when you lock eyes with them, you know at that very moment they will affect your life in some profound way.

Sometimes things happen to you that may seem horrible, painful, and unfair at first, but in reflection you find that without overcoming those obstacles you would have never realized your potential, strength, willpower, or heart.

Illness, injury, love, lost moments of true greatness, and sheer stupidity all occur to test the limits of your soul. Without these small tests, whatever they may be, life would be like a smoothly paved straight flat road to nowhere. It would be safe and comfortable, but dull and utterly pointless.

The people you meet who affect your life, and the success and downfalls you experience, help to create who you are and who you become. Even the bad experiences can be learned from. In fact, they are sometimes the most important ones.

If someone loves you, give love back to them in whatever way you can, not only because they love you, but because in a way, they are teaching you to love and how to open your heart and eyes to things.

If someone hurts you, betrays you, or breaks your heart, forgive them, for they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart.

Make every day count. Appreciate every moment and take from those moments everything that you possibly can for you may never be able to experience it again. Talk to people that you have never talked to before, and listen to what they have to say.

Let yourself fall in love, break free, and set your sights high. Hold your head up because you have every right to. Tell yourself you are a great individual and believe in yourself, for if you don’t believe in yourself, it will be hard for others to believe in you.

You can make anything you wish of your life. Create your own life and then go out and live it with absolutely no regrets.

And if you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.

Learn a lesson in life each day that you live!

Today is the tomorrow you were worried about yesterday.


@>-- Think About it? Was it worth it?

Mathematics = Easy (PROVEN)









(AMARAN : Sila jangan tiru perbuatan di atas ini !)


@>-- Bijak-bijak...

Sunday, January 4, 2009

I'm Not Lying....



If you want something...


You just go for it...


If you get it, you won...


But if you don't get it...


You don't lost...


At least you have tried...


It's never a shame to lost after trying...


But it is a shame if you lost without trying...


Sit back...


And thinks about my words...


And you will know...


That I'm not lying...

Neck Exercise‏

Came across this... don't forget to exercise!
This is a good one. Read it with the direction required to exercise your neck...
@>-- Good Luck! =p

Friday, January 2, 2009

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat
02. Sabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08. Jangan usil dengan kekayaan orang
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu taksub akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur kerana kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu,berjemaah & di masjid
25. Biasakan solat malam
26. Perbanyak dzikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takbur dan besar kepala
42. Berlakulah adil dalam segala urusan
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
46. Perbanyak silaturahim
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
48. Bicaralah secukupnya
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan
55. Hormatilah kepada guru dan ulama
56. Rajin-rajin berselawat kepada nabi
57. Cintai keluarga Nabi saw
58. Jangan terlalu banyak hutang
59. Jangan terlampau mudah berjanji
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bersembang pada perkara yang tidak berguna
62. Bergaullah dengan orang-orang soleh
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendirian
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan
71. Jangan melukai hati orang lain
72. Jangan membiasakan berkata dusta
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
77. Jangan membuka aib orang lain
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
81. Jangan merendah diri kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
86. Hargai prestasi dan pemberian orang
87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan
8. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu,dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang bersangkut dgn teman kita, sebelum dipastikan kebenarannya
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan
96. Sambutlah huluran tangan setiap orang dgn penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri
98. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
100. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

@>-- Setelah Miz baca tentang 100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman ni. Miz rasakan masih terlalu banyak perkara yang perlu Miz perbaiki. Miz akui bukan sesuatu perkara yang mudah untuk mencapai atau mempraktikkan perkara2 di atas ni untuk munuju seterusnya mendapatkan kesempurnaan iman tu. Tapi bagi Miz selagi kita masih berdaya dan mempunyai kekuatan untuk mempraktikkan perkara2 di atas ni, selagi itulah kita berpeluang untuk mendapatkan kesempurnaan iman tu. Jangan sesekali katakan 'TIDAK' sebelum mencuba satu2 perkara tu. Itu prinsip yang perlu ditanamkan dalam diri kita semua. Setelah berusaha dan mencuba untuk memperbaiki kelemahan2, banyak2kanlah berdoa kepada Allah S.W.T dan akhir sekali bertawakkal kepadaNya. Sama2lah kita berjuang untuk memperbaiki kelemahan diri yang ada supaya suatu hari nanti kita akan dapat merasakan nikmat apabila berjaya ke tahap kesempurnaan iman itu. Ameen...

Birthday surprise!

Cerita di bawah ini adalah sekadar satu hiburan semata-mata... tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah tiada... Sekian, terima kasih.
Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk ke rumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

@>-- Agak kurang sopan kan? Tolong jangan salahkan Miz kalo artikel ini membuatkan kamu2 sengal2 otak. Artikel ini Miz copy and paste aje. Miz tidak bersalah sama sekali. Thanks to anonymous (tatau sape yang hantar kat email Miz). Conclusion yang Miz boleh buat kat sini adalah... Berhati2 di jalan raya. (Apekah? Apekah kaitannya dengan crita di atas?? Pandai2 la kamu kaitkan sendiri. Hehe..)

SoMeTiMeS

Sometimes...
the opportunity just came once.


Sometimes...
it may change our life.

Sometimes...
it doesn't change anything.

Sometimes...
we can't decide what the right decision to be made.

Sometimes...
we need help to make decision.

Sometimes...
nobody can help us.

Sometimes...
when we lose it, we'll regret.

Sometimes...
when we grab it, we had a joy.

Sometimes...
we just waiting it to be true.

Sometimes...
it came when we need it.

Sometimes...
it never come although we wish for it.

So, when it come, choose the right decision and grab it as you wish for...

@>-- Sometimes Miz slalu tak menggunakan peluang yang dah Miz dapat tu dengan baik. Pastu bila dah berakhir baru nak menyesal. Apa Miz bole kate.. Padanla dengan muke Miz sendiri. Harap2 lepas ni Miz n kawan2 gunakanla apa2 aje peluang yang dah diberikan pada kite tu dengan baik. Don't waste it... or else you'll regret it...

Thursday, January 1, 2009

Mana Satu Pilihan Hati

“Cinta sejati adalah cinta yang berada di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..”

Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..


“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. “Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.


“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”


“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


@>-- Agak tersentuh pada ayat diperenggan terakhir yg tulisannya dah Miz Italickan. Memang betul apa yang mak kepada kakak tu cakap... tsssskkk... tssskkk... ='( .Miz termanggu seketika... Hmmm.. InsyaAllah... Semua ayat2 yang diboldkan tu, akan Miz jadikan sebagai pedoman...

Proving = Mathematics

Simple math...

But it does proves something...

Something that we can call stupid (atau dalam bahasa sopannya kurang pandai)!






1st January 2009



Yes2! Akhirnya sampai juge tahun 2009...

I'm glad to say goodbye to 2008...

For me... tahun 2008 merupakan tahun yang agak malap buat diri ini. Huuu~

Miz (Miss Indee) tak salahkan takdir. Maybe all the things happened to me ade hikmah disebaliknya. Mungkin juga Allah uji Miz macam tu sekali so that Miz akan sentiasa ingat kat DIA. Setelah Miz fikir2kan balik and muhasabah diri... Miz rasa memang patut pun diri Miz ni di uji. Sebab Miz rasa sebelum2 ni Miz agak alpa sikit dengan kehidupan dunia ni. Sekarang ni Miz da sedar da.. Alhamdulillah...

Hopefully this new year (2009), langkah2 Miz untuk mencari erti sebuah kehidupan dan mencari siapa diri Miz yang sebenar akan menjadi lebih teratur dan lancar. Dan dengan harapan, Allah SWT akan tunjukkan Miz jalan yang benar. Amin.

So... for the beginning of my new life in this new year... Miz create la this blog. Semoga blog ni akan menjadi medan Miz me'nimbun'kan karya minda dan idea2 yang kadang2 sarat sangat kat dalam otak ni sebab tak tau nak campakkan ke mana. Tapi blog ni takkan terikat kepada perkara2 yang skema aje... Asalkan best utk dibace.. Miz akan postkan aje...

What A Life... I'll try my best untuk menghidupkan blog ni. Sokongan kalian amat Miz perlukan. Chayok2 to myself! =p


HaPpy NeW YeaR 2009!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...