:: PENGIKUT ::

Saturday, March 20, 2010

3 Cara Mengawal Emosi








Seorang ulama tasawuf, Yahya bin Mu'az al-Razi telah memberi panduan berkenaan cara mengawal emosi. Beliau berkata hendaklah kita menjaga 3 perkara yang menjadi habuan orang mukmin iaitu :


1. Apabila kita tidak dapat memberi kebaikan kepada orang lain, jangan pula menyusahkan dia

2. Apabila kita tidak sudi menyukakan hatinya, jangan pula kita menyebabkan dia berdukacita

3. Apabila kita tidak mahu memuji dia, jangan kita cela dia


Sebenarnya, setiap entri yang dituliskan di dalam blog ini mempunyai sebab dan tujuan tersendiri untuk dipostkan. Begitu juga dengan entri kali ni.

Sebenarnya dalam masa beberapa minggu ni emosiku terganggu disebabkan oleh sesuatu perkara. Berkaitan dengan persahabatan. 

Sahabat  ini dikenali pada hari pertama aku menjejakkan diri di kuliah pertama pengajian sarjana saya.  Pada awal perkenalan semuanya baik sahaja. Tiada masalah dan kami agak rapat. Tapi saya sendiri tidak pasti di mana silapnya. Sebaik sahaja naik cuti pertengahan semester, segalanya berubah. Dia mengasingkan diri dari saya. Dia seolah-olah ingin menjauhi saya. Tidak bertegur sapa walaupun sepatah. Tengok muka pun tak nak. Apa salah saya sampai dia berubah jadi macam tu?. Sejujurnya persoalan itu sudah berminggu-minggu bermain kat fikiran ini. Runsing. Tersangat runsing. Tapi saya seboleh-bolehnya mencari peluang untuk bercakap dan  berusaha bertindak seperti tiada apa-apa perkara pun yang berlaku. Saya lakukannya kerana saya tau tak halal  kalau kita tak bertegur sapa lebih dari tiga hari. Kalau tak percaya cuba baca kat sini. Tapi semuanya sia-sia. 

Apa yang terjadi sebenarnya? Apa yang telah saya lakukan sehinggakan dijauhi dan diasingkan macam tu sekali? Kalau saya ada buat salah teruk sekalipun, mengapa perlu menghukum sampai macam tu sekali? Jika betul saya ada melakukan kesalahan... Silalah berterus terang. Tegur-tegurlah saya. Tindakan dia membuatkan hati saya tak tenteram dan seolah-olah saya rasakan saya telah membuat kesilapan yang tersangat besar dan terlalu sukar untuk dimaafkan. Tapi apa? 

Hampir sebulan perkara ni membelenggu. Tapi penyelesaian tetap tidak kelihatan. Emosi memang tidak stabil. Mungkin saya perlu belajar cara-cara untuk mengawal emosi seperti apa yang tertulis di atas. Mungkin saya ada membuat salah tanpa disedari. Jadinya, kalau saya tidak mampu memberikan kebaikan kepada dia, mungkin saya tidak perlu lagi menarik perhatian dia untuk berbaik kembali dengan saya jika itu akan menjadi penyebab dia menjadi susah. 

Rasanya, saya juga perlu bersangka baik. Mungkin dia tidak ada masa untuk menyukakan hati saya sebab final exam dah nak dekat. Banyak lagi perkara yang perlu dia fikir. Jadi dari dia fikirkan nak ambil hati saya untuk makan sama-sama ke... apa ke... baik dia tumpukan perhatian dia kat exam. So, tak perlu lagila saya nak berdukcaita kalau-kalau ajakan saya untuk makan sekali kat kafe ditolak. 

Dan akhir sekali, apa yang dia lakukan kepada saya tu tak berapa nak elok tapi baik saya memotivasikan diri daripada saya mencela perbuatan dia. So, dosa tak bertambah. Maksiat hati pun sedikit sebanyak dapat dirawat. Apa-apapun... Saya sentiasa akan berdoa semoga Allah memulihkan kembali tali persahabatan kami.  Sekian, wassalam.


DOA MENJAUHKAN PERMUSUHAN

Bismillahirrahmanirrahim...







BoldAllaahumma la tusymit bii 'aduwwii wa la tasu' bii shodiiqii wa laa taj'al mushiibatii fii diinii wa laa taj'alid dun-yaa akbaro hammii wa laa tusallith 'alayya man la yarhamunii yaa hayyu ya qoyyum
Ya Allah! Janganlah jadikan musuhku gembira kerana kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku, dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku, dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan dan bermaharajalela ke atas ku. Wahai Tuhan yang hidup yang menjaga alam semesta.



@>--- Sahabat itu adalah kaum sejenis. =)

Cinta Illahi Bukan Lakaran Puisi


003.jpg
“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.
“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.
Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.
Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?
Cinta Ilahi?
Tiada lagi cinta lelaki?
Wanita gila harta?
Hanya Allah sahaja yang ’setia’?
Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.
Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?
Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.
Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!
BERTAPA?
Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?
Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)


Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.
Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.
Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.
Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.
Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.
CINTA ILAHI ADA CARANYA
Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?
tuhibbunallah.JPG
“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.
Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.
Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.
Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.


@>--- Banyak lagi yang diri ni perlu pelajari...

Friday, March 19, 2010

Demi sebuah bahagia



Lazimnya, saya tidak suka berkongsi tips. Malah saya sering berkata, untuk menilai satu-satu ceramah itu berasas atau tidak, lihatlah kepada tips. Jika ceramahnya penuh tips, maka ia adalah kosong tidak bermakna.

Tips adalah buah. Manusia memang perlu kepada buah. Tetapi kita lebih membantu jika yang diberi adalah pokok yang menghasilkan buah.

Tips tidak mungkin dapat dilakukan, jika pokok dan akarnya tiada.

PETUA SENYUM UNTUK BAHAGIA


Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.

Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?

Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.

Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.

Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.



Namanya “INGAT 2 LUPA 2″



INGAT 1

Ingatlah  kebaikan orang kepada kita. Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.




Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita. Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?


Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?


LUPA 1
Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.



“Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!” kata si sombong.

“Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”, ungkit si dia.


Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)

Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya. Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.


INGAT 2

Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu. Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.


Kenangkan ia, ingatkan selalu.

Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati. Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.


Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia. Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.


Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

LUPA 2

Manakala  keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia. Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.


Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.

Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.


MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF


Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?

Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya. Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.


"Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku"



Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu. Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.


Maafkan aku, hamba yang berdosa.

Moga ada sinar bahagia, di hari muka.





SUMBER : ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Tuesday, March 16, 2010

Ajal tak kenal usia...

Hari ni dimulakan dengan membaca artikel-artikel dan membelek-belek Mukabuku (Facebook)... Niat dihati semalam, bangun je pagi lepas mandi apa semua terus study. But lastly, niat hanya tinggal kenangan. Apa nak jadi dengan diri sendiri.  Diri sendiri pun tak tau. Kalau takde exam. Buku memang susah nak dihadap. Haish... Tak boleh jadi ni... Lepas  post entry ni... Kena terus study. Tak boleh tangguh-tangguh dah... Actually, tergerak nak menulis ni sebab tengah-tengah layan baca artikel tadi. Tiba-tiba ada SMS masuk di handphone yang berbunyi... " Salam, Z-- ingat tak kawan sekolah kita, Firdaus Mazlan? Dia baru meninggal tadi..." Aku terkedu apabila membaca ayat terakhir SMS yang dihantar oleh salah seorang sahabat baik satu sekolah dulu... Innalillahiwainnalillahirojiun. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita dikembalikan...

Aku rasa ini adalah petunjuk buat diri sendiri. Walaupun aku sedang dalam usaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Aku tak terlepas dari tersadung ketika melangkah walaupun langkah yang dibuat dengan penuh hati-hati. Aku lalai, leka dan alpa dengan kehidupan dunia. Entah bila nak bersungguh-sungguh dan komited untuk berubah menjadi seperti sahabat-sahabat yang lain. Aku sendiri tak pasti. Tapi aku tetap tak mahu menyerah kalah. Aku pasti ALLAH SWT pasti akan membantu hamba-hambaNya yang ingin mencari identiti diri berlandaskan perintahNya. Dengan kehadiran SMS tu jugak aku telah disedarkan kembali bahawa ajal datang menjemput tak kenal usia (Allayarham berumur 24 tahun) dan hidup di dunia ni hanyalah untuk sementara sahaja. Kehidupan di sana adalah kekal abadi untuk selama-lamanya. Semoga petunjuk kali ini dapat membuka ruang-ruang untuk aku kembali bersungguh-sungguh mencari Cinta Hakiki dari Dia Maha Pencipta dan menutup semua kelalaian, kelekaan dan kealpaan di syurga dunia. Ameen Ya Rabbal Alamin...





Maksudnya: Mereka berdua merayu: 'Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami orang daripada orang yang rugi.'

(Surah al-A'raf: 23)

@>--- Doa di atas adalah doa memohon keampunan dan rahmat ALLAH SWT. Salam takziah buat keluarga Allayarham Firdaus... Semoga rohnya dicucuri rahmat... AL FATIHAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...