Sunday, November 15, 2009

Perlukan guru mengaji di sekitar AMPANG dan CHERAS ???


Click on the image to enlarge the advertisement....


@>-- Saya tolong kawan saya iklankan je... :)

Sunday, October 18, 2009

Burned Toast

"When I was a little girl, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned toast in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet all my dad did was reach for his toast, smile at my mom, and ask me how my day was at school. I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that toast and eat every bite!

  
When I got up from the table that evening, I remember hearing my mom apologize to my dad for burning the toast. And I'll never forget what he said: 'Baby, I love burned toast.' Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his toast burned. He wrapped me in his arms and said, 'Debbie, your Momma put in a hard day at work today and she's real tired. And besides -a little burnt toast never hurt anyone!' You know, life is full of imperfect things.....and imperfect people. I'm not the best housekeeper or cook.


What I've learned over the years is that learning to accept each other's faults - and choosing to celebrate each other's differences- is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.  



And that's my prayer for you today. That you will learn to take the good, the bad, and the ugly parts of your life and lay them at the feet of GOD. Because in the end, He's the only One who will be able to give you a relationship where burnt toast isn't a deal-breaker!

"Don't put the key to your happiness in someone else's pocket but into your own."

@>-- A beautiful story to ponder upon… if everyone in this world learn to accept others’ mistakes and forgive each other… life will move smoothly.

Ketika Cinta Bertasbih



Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu


Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit


Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta...


@>--- Someone dedicated this song to me... At the first time I heard the song... I felt like my soul had came back to me after a long time I've lost it... I do really love this song and I do love the one who dedicated it to me...  Thank you very much... S.M.S. 

Wednesday, October 14, 2009

Nenda...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilllah.. Syukur kehadrat Ilahi kerana Dia telah memberi saya peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini. Sudah hampir sebulan kita meraikan bulan Syawal yang mulia ini.

    Hari ini genaplah hari yang ke 23 kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Bualan Bulan Syawal kali ini seperti biasa disambut dengan sederhana sahaja. Ketiadaan atuk dan nenek di kedua-dua belah pihak (ayah and mama) membuatkan kemeriahan beraya kurang dirasai. Cuma apabila berpeluang pulang ke Johor Bharu, barulah mood raya itu dapat dirasai. Kehadiran sanak saudara sebelah mama sedikit sebanyak dapat menimbulkan semangat kekeluargaan yang semakin lama semakin pudar dek kesibukan kehidupan masing-masing. Alangkah indahnya jika masa dapat diputarkan kembali ke zaman ketika sekolah rendah dahulu... *sigh*..

   Masa zaman sekolah dahulu.. kehadiran bulan Syawal pasti dinanti-nantikan oleh aku, adik-adik dan sepupu-sepupu yang lain. Mana tidaknya, setiap kali bulan Ramadhan pasti akan ada majlis berbuka puasa beramai-ramai di rumah nenek Chah (nenda sebelah mama). Semua ahli keluarga sebelah mama akan berkumpul beramai-ramai bekerjasama menyediakan juadah berbuka puasa bersama-sama. Bantu membantu antara satu sama lain. Bergelak ketawa sesama sendiri. Berbuka puasa bersama-sama. Setelah selesai berbuka puasa, ahli keluarga yang dewasa akan menunaikan solat maghrib dan tarawikh secara berjemaah manakala kami yang kanak-kanak riang ini akan sibuk di luar bermain bunga api dan mercun yang dibelikan oleh arwah atuk...

Tidak kurang hebatnya bila berbuka puasa di rumah nenek Uda (nenda sebelah ayah). Sama seperti disebelah mama, setiap ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk menikmati juadah berbuka bersama-sama. Tetapi perkara yang paling aku ingati sekali pada ketika itu adalah masakan yang dimasak sendiri oleh arwah nenda yang sangat disayangi. Penangan sambal tumis nya sehingga sekarang masih boleh dirasai... RINDUNYAAAA~ Isk..isk...Tapi semua tu takkan kembali lagi.. Semuanya telah menjadi kenangan dan juga sejarah yang perlu dikenang...

Semalam 12 Oktober 2009 genaplah 12 tahun aku kehilangan insan yang sangat-sangat amat aku kasihi. Insan yang banyak berjasa kepadaku. Insan yang menjaga, mendidik serta membesarkanku. Insan yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan dan kasih sayang. Insan banyak bersabar dengan kerenahku. Insan yang banyak membuatkan aku mengalirkan air mata setiap kali aku terkenang dirinya... Insan itu tak lain dan tidak bukan nenda yang teramat aku cintai, sayangi dan kasihi iaitu nendaku yang bernama FATIMAH BINTI ABU AMIN.

Kehilangannya benar-benar membuatkan aku terasa kosong. Saat-saat diberitahu dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya merupakan saat-saat yang takkan aku lupakan seumur hidupku. Aku rasakan dunia seolah-olah terhenti ketika ahli keluarga ku memberitahu tentang pemergiannya. Apa tidaknya... Nendaku merupakan orang yang bertanggungjawab mengambil tugas menjaga dan membesarkan aku ketika mama dan ayah keluar bekerja. Mungkin kerana status ku sebagai cucu sulung kepada nenda, aku dididik dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bahagi sehingga menyebabakan per'musuh'an sering berlaku diantara aku dan Busu ku.. Per'musuh'an berlaku berikutan Busu ku mengalami kejelesan yang terlampau apabila aku lebih dimanjakan oleh arwah nenda berbanding beliau. (Padan muka busu~ ngiahaha~)

Itulah nenda... Beliau amat memanjakan cucunya yang seorang ini. Dan aku... Segala perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian... Pasti akan dikongsikan bersama nenda. Setiap kali pergi dan pulang ke sekolah tadika... nenda la yang menghantar aku pergi dan mengambil untuk dibawa pulang. Ya Allah.. Betapa besarnya pengorbanan nenda kepada ku...

Tetapi kini... nenda telah tiada... Cuma kenangan sahaja yang hidup bersama ku kini... Aku rindukan nenda... Benar-benar merindui nenda... Setiap kali aku dirundung masalah... Setiap kali aku dimarahi ayah atau pun mama... Pasti wajah nenda yang bermain-main di depan mata... Dan setiap kali itulah air mata akan mengalir tanpa dipaksa.... Alangkah bahagianya sekiranya masa dapat diputarkan semula... Tapi itu semua adalah mustahil... Semua perkara yang berlaku dalam hidup kita, perjalanannya telah diaturkan yang Maha Esa... Aku sedar... Yang pergi tetap akan pergi... Yang hidup... perlu teruskan hidup mencari pedoman diri.... Apa yang penting... Aku sentiasa menyayangi insan yang bernama FATIMAH ABU AMIN itu... seikhlas hati ini... AL FATIHAH....


Tuesday, October 13, 2009

Pertukaran Nama Panggilan Diri...

Miss Indee aka MIZ,
Internet,
Malaysia.
________________________________________________________


Rakan-rakan Cyber,
Dimana jua anda berada,
Internet.com,
Global.                                                        10 OKTOBER 2009


Tuan/ Puan/Cik/Encik dan sebagainya,


PER : Pertukaran Nama Panggilan Diri


Di sini, Miss Indee aka MIZ (Miss Ieka_Zue) ingin memaklumkan bahawa pertukaran kata ganti diri telah dibuat beberapa kali iaitu dari panggilan Miss Indee kepada MIZ lalu bertukar kepada Saya dan seterusnya ingin menyatakan bahawa pertukaran nama panggilan diri akan dibuat untuk kali yang terakhirnya kepada nama panggilan yang menggunakan kata ganti diri yang pertama iaitu 'Aku'. 


2.     Perkara ini terpaksa dilakukan berikutan penggunaan kata panggilan 'Saya' menyebabkan skop untuk meulis dan berkarya menjadi sedikit terbatas.


3.    Selain itu, saya juga perlu bertindak sedemikian kerana saya ingin memastikan selepas ini saya dapat berkarya dengan penuh ke'sempoi'an dan ke'slumber'an bukan dengan ke'skema'an.


Penerimaan baik dari pihak anda sekalian saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian.


Yang benar,
Miss Indee


P/S : Penggunaan dan pertukaran kata nama panggilan diri ini bergantung kepada kesesuaian ayat. Sekian.


Saturday, October 10, 2009

Salam Aidilfitri...

Assalamualaikum wbt...


Salam kemaafan diucapkan
Buat semua rakan dan taulan
Walau pun raya dah nak dekat sebulan
Still tak terlambat nak buat ucapan.. kan? kan?



Aidilfitri hari kemenangan
Menghapus kesalahan sesama insan
Wahai rakan wahai teman
Bersama-samalah kita bermaaf-maafan



Sama-sama menyambut raya
Bermaaf-maafan dihari bahagia

Tangan dihulur maaf dipinta
Mensucikan diri dari dosa



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin





Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak...


Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi... Dengan izin dari Nya, sekali lagi kita dapat menyambut seterusnya melakukan ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan yang mulia ni... Sy ingin memohon maaf kerana sudah lama sy tak meng'update' blog ni... Kekangan masa banyak mempengaruhi kesukaran untuk saya menulis di blog ini.. Alhamdulillah... Hari ni Allah telah saya di berikan sedikit ruang dan masa untuk saya mengemaskini blog ni... Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan

SELAMAT BERPUASA

dan

SELAMAT MELIPATGANDAKAN IBADAH

di dalam bulan yang penuh berkah ini...
Sekian... Wassalam...


Thursday, June 18, 2009

Daughtry - Sorry


DAUGHTRY - SORRY


Will you listen to my story
It’ll just be a minute
How can I explain
Whatever happened here never meant to hurt you
How can I cause you so much pain

When I say I’m sorry
Will you believe me
Listen to my story
Say you won’t leave me
When I say I’m sorry
Can you forgive me
When I say I will always be there
Will you believe, will you believe in me

All the words that I come up with
They’re like gasoline on flames
There’s no excuse, no explanation
Believe me if I could undo what I did wrong
I’d give away all that I own

When I say I’m sorry
Will you believe me
Listen to my story
Say you won’t leave me
When I say I’m sorry
Can you forgive me
When I say I will always be there
Will you believe

If I told you I’ve been cleanin’ my soul
And If I promise you I’ll regain control
Will you open your door
And let me in take me for who I am
And not for who I’ve been, who I’ve been

When I say I’m sorry
Will you believe me
Listen to my story
Say you won’t leave me
When I say I’m sorry
Can your forgive me
When I say I will always be there
Will you believe me

When I say I’m sorry
When I say I’m sorry
When I say I’m sorry
When I say I’m sorry
When I say I’m sorry
Can you forgive me
When I say I will always be there
Will you believe


Wednesday, June 17, 2009

Cinta dalam hati...

Lama jugak blog ni dibiarkan tanpa diberi perhatian. Maaf wahai blog… Saya agak sibuk dengan dunia ciptaan sendiri sejak kebelakangan ni. Actually, bulan lepas saya ada jugak terniat untuk delete je blog ni. Tapi bila fikir-fikir balik… rasa tak sampai hati pulak… Sebab blog ni banyak simpan kenangan-kenangan separuh tahun 2009 ni… So, saya tak jadi la delete blog ni… Mungkin kalau ada kerajinan dan kelapangan… saya nak tukar template blog ni… tapi tengoklah macam mana nanti… huhu…

Okeylah… malas nak bermukadimah panjang lebar… Dah ngantuk dah sebenarnya nih… tapi keadaan tak berapa mengizinkan untuk saya melelapkan mata. Sekarang saya kat Ampang Puteri Specialist Hospital… sedang duduk di atas sebuah kerusi yang tak berapa nak empuk berserta selimut dan juga laptop yg akan menjadi teman untuk malam ni. Saya perlu menjaga Angah yang baru lepas menjalani operation sebentar tadi…Kebosanan yang melanda tak perlulah dipersoalkan… *sigh*

Hmm…Lama juga tidak berkongsi cerita dalam blog ni… Maaf lah… bulan tak nak… tapi tidak punya idea untuk mengarang…. Tapi tak mengapa, kali ini saya akan cuba sedaya upaya untuk membina ayat-ayat yang best (Tapi kalau dinilai cikgu Bahasa Melayu yang skema for sure akan dapat gred D. Hehe…). Jadi sila abaikan penggunaan tatabahasa dan kosa kata yang salah itu. Eheh…

10 Jun 2009. Seorang teman telah menceritakan tentang kisah sedih yang dia alami baru2 ni. Sebagai seorang teman saya hanya mampu untuk mendengar dan memberikan nasihat mana yang termampu. Kisahnya begini…

Lin (bukan nama sebenar – maaf saya terpaksa merahsiakan identitas sebenar kawan saya tu… dan kepada ‘Lin’ terima kasih sebab izinkan saya berkongsi cerita kat blog ni). Lin cerita tentang Fizi, (bukan name btul jugak… so tak payah la nak cari sape dorang ni sebenarnye… huhu…) bf sejak tahun 2 di Uni dulu. Lepas je habis study, Lin dan Fizi balik dan dapat kerja kat hometown masing2.. Lin tinggal kat Johor and Fizi pulak tinggal kat Kelantan. Memang satu jarak yang agak jauh dan membolehkan percintaan diorang ni dikategorikan sebagai Percintaan Jarak Jauh (PJJ) la kan… hehe… boleh pule dimasukkan elemen guraun kat sini eh… haih~.

Family masing2 pun dah kenal antara satu sama lain. Untuk diceritakan betapa yakin dan betapa setianya Lin ni tunggu Fizi sebab Fizi pun ada berjanji untuk mengambil Lin sebagai suri hidup die… (skema plak ayat…ngehe~)… Lin sanggup tolak rombongan pinangan kenalan auntie dia…kalau tak silap rombongan meminang tu datang masa bulan 11.2008). Tapi sejak bulan 2 2009 tu Lin kate dia jadi doubt dengan perubahan Fizi. . Lin kata…Fizi makin kurang contact dia and dia rase mcm ade yang tak kena dengan Fizi…. Then, sebab da terlalu banyak keraguan yg timbul… Lin mintak tolong Wawa… kawan baik dia yang tinggal dekat dengan rumah Fizi tolong tengok2kan Fizi and cari sebab kenapa Fizi jadi mcm tu. Akhirnya… barulah Lin tau dari Wawa yang Fizi ni dah ade gewe lain kat sane. Haih~ Sabar jela… Memang sangat sedey la bile dengar Lin cerita pasal perkara ni kat saya masa tu. Saya seolah2 dapat rasa apa yang Lin rasa sebab kes Lin dengan saya agak sama…

Saya cuba sedaya upaya untuk tenangkan Lin and suruh dia fikir masak2 sebelum buat keputusan. Saya cuba tanya pendapat beberapa orang kawan … ada kawan lelaki n ada kawan perempuan… Kalau yang perempuan kebanyakan nye akan kate… tanya dulu laki tu… siapa yang dia betul2 sayang sebenarnya.. Kalau jwpn dia tak memihak kat Lin, diorang kate lepaskan je…. And kalau jawapan sebaliknye… dorang nasihatkan supaya Lin fight for him… Kalau yang laki pulak… dorang kate… tinggalkan terus je sebab memang nampak sangat laki tu sebenarnya bukannye serius and mungkin belum bersedia untuk hubungan yg serius… hmmm… saya pun naik pening sebenarnye…Sebab lelaki sendiri cakap direct mcm tu. Tapi saya just nasihatkan Lin supaya dia buat keputusan yang terbaik dan keputusan yang dia rase dia mampu nak hadapi… Semalam Lin ada call… dia kate… dia still tak mampu nak buat keputusan… Mmmm… memang susah nak buat keputusan kalau melibatkan soal hati dengan perasaan ni. Tapi Lin, saya nak bagitau kat sini… kisah kita hampir sama and saya dah pun buat keputusan sebelum sempat Lin buat keputusan.

Mungkin tak ramai yang tau tentang saya dan dia… Saya dan dia memang bole gune istilah PJJ tu la… hmmm… Saya terpaksa lepaskan dia bukan sebab dah tak sayang atau dah ada yang lain… Jauh sekali membenci… Dalam kes Lin… Fizi dengan orang baru… and Lin gf yang terdahulu, so Lin berhak untuk mempertahankan Fizi kalau Lin nak sebab orang ketiga kat sini bukan Lin tapi perempuan tu. Saya pulak… Hmmm… taktau la nak kategorikan sebagai apa sebenarnya… tapi memang sangat susah nak buat keputusan sebenarnya… Sebab saya dah sayang dia sepenuh hati… tapi nak tak nak keputusan perlu dibuat… samaada saya yang terpaksa berkorban atau pun saya akan dituduh sebagai orang ke 3 atau dia akan disakiti kalau ex dia tau tentang kewujudan saya…. So, nak taknak… satu keputusan yang sangat berat terpaksa saya buat walaupun saya tau keputusan saya tu akan menyakiti diri saya sendiri… Saya terpaksa undurkan diri…

Saya tak pasti… adakah saya bersalah buat keputusan untuk mengundurkan diri? Ataupun sebenarnye keputusan ni adalah keputusan yang terbaik untuk saya, dia dan ex (now gf) dia? Saya sendiri tak pasti… Tak apalah… as long dia happy…saya tumpang happy jugak… Saya tau dia marah saya… Tapi kalau dia nak 2 2 pun… satu hari nanti… dia akan buat keputusan untuk pilih salah sorang… sebelum salah sorang dari kita orang (saya dan ex die) merana masa tu… Lebih baik saya undurkan diri… Biarlah saya sorang yang rasa sakit sekarang ni… Saya rasa saya tak berhak untuk salahkan dia atas apa yang dah berlaku sebab saya tau dia pasti punya alasan tersendiri untuk ON balik dengan ex dia…hmm tataulah… Takpelah… saya doakan semoga dia bahagia… dan kalau boleh saya nak dia tau… Setiap perkataan sayang yang keluar dari mulut saya memang datang dari hati yang tulus ikhlas… Tiada penipuan, tiada pembohongan dan tidak pernah dusta sama sekali. Dan sampai sekarang saya masih berdoa agar saya dapat menerima hakikat yang saya dan hanya berkawan je sekarang ni dan saya doakan semoga dia sentiasa bahagia dengan insan yg dia sayang… (Omg.. I really2 don’t like this feeling right now… I do miss him so bad…=’( . It hurts… Really2 hurts me…)

Kepada Lin… saya tak pernah ceritakan tentang perkara ni kat Lin kan…Tapi hakikatnya,,, ni lah yang terjadi kat saya lepas Lin ceritakan kisah Lin kat saya… Lin tak perlu rasa bersalah… Sebab mungkin semua ni dah ditakdirkan untuk saya…Jadi, Lin buatlah keputusan yang terbaik… kalau dalam kes Lin sekarang ni… I would say… Go and fight for him… because Lin kat tempat yang betul… Apa2pun… banyak2 berdoa kepada Allah SWT and mintak petunjuk dari Dia… semoga Dia mempermudahkan jalan Lin…

Peringatan ni utk sesiapa saja n diri saya jugak… Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil… So apa2 yang kita lakukan… Pasti Dia akan tahu… Baik buruk yang kita buat… Dia akan tau… Dan Allah yang Maha Adil itu pasti akan memberikan balasan terhadap setiap perkara yang kita lakukan sama ada baik mahupun yang buruk. Tak kiralah kita dapat cash kat dunia… atau kite akan terima di akhirat nanti. So, fikir2kanlah sekiranya nak buat apa2 perkara sekalipun dan lakukanlah dengan setulus hati… sekian…


Ketulusan Hati by Marshanda


Sedihku sakitku ku terima

Ku rela ku pasrah jalanku

Ini suratan aku dicoba

Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati

Yaa Allah beri aku ketabahan

Yaa Allah aku sanggup berkorban

Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Di dunia yang sarat godaan

Ku mohon dosaku diampunkan

Ingin bahagia, Dunia akhirat

Turunkan rahmat-Mu untukku

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati

Yaa Allah beri aku ketabahan

Yaa Allah aku sanggup berkorban

Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Friday, May 29, 2009

When Will I See Your Face Again



WHEN WILL I SEE YOUR FACE AGAIN BY JAMIE SCOTT & THE TOWN

Here I Am, everyday
Since you said, you’d come again,
But it’s not fair, cos’ you’re not here,
I wait in vain, but nothing has challanged,

I’m a flower, soaking in the Rain,
If I could wish one thing, I’d hear you call my name,

Chorus

So when will I see your face again,
When will you touch my life again (ohh yeah),
When will I breathe you in again
I think I love you …will I see your face again,

Little thing, like the rain coming,
She looked at me a certain kind of way,
Tell me girl, where are you now,
‘Cos I don’t know how much longer I can wait,

I’m a dreamer, waiting for the sun,
When you’re coming in, I know my life’s begun,
Tell me girl…

When will I see your face again (ohh yeaaah),
When will you touch my life again (ummm um),
When will I breathe you in again,
I think I love you, will I see your face again,

You know that all my life I’ve been waiting,
Waiting for some, someone like you to love me,
You can’t come by like an angel, into my life,
And then fly away, fly away,

Oh honey, cos I, Uh baby, ba ba doo yeah, oh ooh,
Sing, I’ve only seen youuu, oh, I said, uh huh, I said I said, yeah (woo)

When will I see your face again (I wanna see you once in my life),
When will you touch my life again, (wanna see you twice in my life),
When Will I Breathe You In Again (ohhh),
I think I love you, will I see your face again,

I said, see bap pa da doo ba ba
Bap ba do yeach, that’s what we do yeaahhh
When will I see your face again my friend,
Oh yeach, I think you gotta let me know yeah,
Oh yeach...

@>--- To A.M.I.M. Thanks for the song...

Sunday, May 17, 2009

Ilham Dimatamu

MILA - ILHAM DIMATAMU (OFFICIAL VIDEO) HQ! +Muzik Malaysia


Ilham Dimatamu by Mila

Di waktu rindu ku mengemis

Secebis ehsan

Air mataku yg bergenang

Kau biar jatuh

Berlinangan tanpa kau cuba

Memujukku

Tergamak lihat ku tersungkur

Mengamit hampa

Siksa hari ku sarta mendung

Menanti hujan



(Chorus)

Bertahun lama

Aku pun derita sendiri

Bertingkah sedih dgn sepi

Apa mungkin takdirku begini

Akhirnya tuhan

Berikan jawapan yg murni

Bukannya aku yg berdosa

Dambakan cinta suci



Repeat chorus

Sebaliknya kau buta hati

Tak nampak kasih yang kau cari

Diri ini

Menangis di depan matamu

Saturday, May 16, 2009

Back to the basis

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Ulang Tahun Yang Ke 50


Hari ni 15 Mei 2009...

Hari ni merupakan hari ulang tahun kelahiran ayah yang ke 50...

Sempena hari ulang tahun kelahiran ayah...

Saya nak bercerita sedikit sebanyak mengenai ayah...

ZULKEFLE BIN ALWI

Nama seorang insan yang tak asing lagi dengan hidup saya sebagai seorang anak...

Lahir sahaja ke muka bumi ini...

Saya telah diazankan oleh ayah...

Seterusnya diberikan nama dan di bintikan dengan nama ayah...

ZULAIKHA BINTI ZULKEFLE

Saya merupakan anak sulung dalam keluarga...

Anak sulung sentiasa akan dikaitkan dengan perkataan "MANJA"

MANJA?

Mungkin betul...

Tapi tak semua anak sulung itu manja...

Buktinya...

Saya sendiri...

Masih segar dalam ingatan...

Ketika zaman kanak-kanak...

Saya sering menjadi habuan rotan buluh ayah...

Kalau ayah tak jumpa rotan buluh tu...
(sebab saya amek and sorok kat belakang almari baju atau bawah katil... hehe...)

Hanger atau tali pinggang akan jadi pengganti...

Sekali dilibas pasti akan meraung dan menangis teresak sampai malam...

Birat-birat bekas kena rotan akan kekal sehinggan sebulan lamanya...

Bila mengadu kat mama, mama akan pujuk...

Tapi kalau punca saya dirotan tu sebab kesalahan sendiri...

Mama turut akan memberikan habuan...

Tapi saya tau...

Ayah dan mama bukan berniat untuk menyakitkan saya dengan sengaja...

Sebenarnya ayah dan mama mahu mengajar saya...

Membentuk saya menjadi seorang manusia yang berguna pabila telah dewasa...

Dan saya juga sedar...

Sememangnya saya layak untuk menerima habuan kerana kenakalan sendiri....



Hari ini bertambah setahun lagi umur ayah...

Saya pula telah meningkat dewasa...

Saya berasa sukar untuk menunjukkan kasih sayang kepada ayah...

Bukan kerana menyimpan perasaan dendam kerana sering dipukul dan dimarahi suatu ketika dulu...

Tapi saya berasa malu dan segan untuk berkongsi cerita dengan ayah...

Bukan tidak mencuba...

Tetapi setiap kali mahu memulakan...

Saya pasti akan teragak-agak...

Kemudian akan tersenyap sendiri...

Kadang-kadang saya rasa marah dengan diri sendiri sebab tak mampu nak menunjukkan kasih sayang kepada ayah...

Tetapi saya masih tetap mencuba....

Walau sesukar mana sekali pun...

Saya pasti suatu hari nanti saya mampu untuk melakukannya....

Saya sangat-sangat menyayangi ayah...

Dan saya tau ayah juga amat menyayangi saya..

Semoga suatu hari nanti....

Allah akan membuka pintu hati ini untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada ayah...


Kerana ayah... 

Aku telah dilahirkan ke dunia ini...

Kerana ayah...

Aku membesar dengan penuh kasih sayang dan ketegasan...

Kerana ayah...

Aku telah mendapat segulung ijazah...

Kerana ayah...

Aku telah menjadi seorang insan yang berguna di muka bumi ini...

Dan kerana ayah

Aku telah menjadi seorang yang kuat semangat dan berpendirian teguh seperti hari ini...


Oleh itu...

Sempena hari ulang tahun kelahiran ayah yang ke 50 ini...

Saya ingin mengucapkan...

SELAMAT HARI LAHIR AYAH !!!

Ayah...

Along doakan semoga ayah sentiasa diberikan kesihatan yang baik...

Dipanjangkan umur...

Dimurahkan rezeki...

Hidup bahagia disamping mama dan anak-anak yang tersayang...

Dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT hendaknya...

Ameen Ya Rabbul Alamin....

I LOVE YOU SO MUCH AYAH !!!


Ayah yang kacak bersama adik bongsu yang domok... hehe...


@>--- Teringat sebelum ayah, mama and adik2 lelaki berangkat untuk menunaikan umrah... 
Ayah memeluk saya dengan erat dan meninggalkan pesanan kepada saya (seingat aku setelah dewasa itulah kali pertama ayah memeluk saya.. ) ... Allah SWT je yang tau macam mana perasaan saya pada ketika itu... Saya cuba untuk menahan air mata dari mengalir...Tetapi sebaik sahaja mereka berangkat pergi... Akhirnya air mata yang ditahan mengalir juga membasahi pipi... isk... Sedeyhhh!

@>--- Saya perlu belajar bersyukur kerana masih berpeluang dibesarkan dengan kasih sayang seorang ayah sedangkan ada orang lain yang tidak berpeluang merasakan kasih sayang seorang ayah....

@>--- Apa yang dapat disimpulkan kat sini ialah belajarlah menghargai dan meluahkan rasa kasih sayang kepada ayah sebelum terlambat...
 (Pesanan ini ditujukan kepada diri sendiri juga...)

@>--- Sekian.... Wassalam...

Thursday, May 7, 2009

Syurga di Telapak Kaki Ibu


Sempena Hari Ibu yang jatuh pada 1o Mei ini... 

Saya nak mengucapkan... 


 Terutama sekali kepada mama yang tersayang, 

Puan Zarina Bt. Hassan 

dan kepada semua insan  bergelar 

IBU@MAMA@BONDA@MUMMY@UMMI@MAK

tidak kira di mana jua kalian berada. 

Pengorbanan serta kasih sayanng kalian memang tidak ternilai dengan wang ringgit...



Sempena Mother's Day ni.... Meh la kite layan lagu nyanyian Aishah...


 Syurga di Telapak Kaki Ibu




( 1 )
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

( ulang 1 )

( 2 )
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

( ulang 1 )
( ulang 2 )

Tuesday, May 5, 2009

Mencari Bintang Timur





Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia, “Mengandung kut?”. Dia kata tak ada.  Oleh kerana dua tiga hari macam tu saja, saya bawa dia berjumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan.

Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuk bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai solat isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia (gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca al-Quran di sisinya sebagai ubat bagi isteri dan anak dalam kandungan.

Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab Kasyaful Mahjub. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afa’l. Dan cerita itu kembali bercerita kepada saya.

Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana ?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang anda ingin nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insya-Allah saya doakan diri saya dan anda berjaya dalan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu’man), seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit, “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawap bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”. Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya ceritakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.

Saya bacakan kisah pada rasul, para Nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudah pun nyeyak dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.

Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya lihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.

Saya bertekad dalam hati, insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Oh! Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyeyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insya-Allah tidak lama lagi, akan muncul “bintang timur kecil’ dalam hidup saya.


"Wanita dijadikan daripada rusuk lelaki, bukan dari kepalanya untuk dijunjungnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai..."

Artikel ini dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia dalam ruangan LUAHAN RASA bersama PUTRI bertarikh 18/11/2007. Kisah ini diceritakan oleh seorang pemuda yang menggelarkan diri sebagai AEROELASTICITY SPECIALIST. Pemuda ini menceritakan kisah ini kepada Putri kerana dia kagum dengan sikap si suami di dalam kisah ini. Pemuda ini juga menyatakan hasratnya untuk mencari "Bintang Timur" yang dijanjikan untuknya supaya dia dapat melakukan perkara yang sama seperti yang telah dilakukan oleh si suami.

Actuallly, saya tergerak nak tulis balik cerita ni bila ternampak keratan akhbar yang saya simpan dalam file masa zaman study dulu. Boleh dikatakan 1/3 daripada coursemates (girls) saya simpan artikel ini. Seperti juga pemuda AEROELASTICITY SPECIALIST, kami juga turut kagum dengan keikhlasan, ketabahan dan kesabaran si suami  menjaga si isteri yang sedang mengandung dan punya bermacam-macam ragam dalam tempoh yang lama. Perasaan kagum yang lahir dari hati kami membuatkan kami juga turut mengimpikan seorang suami yang mempunyai akhlak seperti si suami. 

Persoalannya sekarang ini... Masih adakah lagi kaum Adam yang seperti ini? Mungkin ada... Tetapi bilangannya sudah berkurang... mungkin... saya tak bercakap berlandaskan fakta, so, saya tak tau. Tapi saya yakin, masih ramai lagi kaum Adam yang mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada mereka. InsyaAllah. Jika tidak mampu menjadi sehebat si suami yang ilmu agamanya dirasakan berada ditahap yang agak tinggi, mungkin masih mampu membimbing bakal isteri jika mempunyai asas ilmu agama yang kukuh seperti sentiasa mengingati Allah SWT, solat lima waktu, menjaga puasa dan amal ibadah dan mempunyai sifat tanggungjawab serta sentiasa ikhlas melakukan sesuatu perkara kerana Allah SWT. Dengan adanya semua ini, maka merekalah bakal-bakal suami yang didambakan oleh setiap wanita yang mengimpikan sebuah keluarga yang sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

 Sekian. 


 

blogger templates | Make Money Online