Lupakan sahaja gelaran "Dunia Siber", "Dunia Multimedia", "Dunia IT", "Dunia Moden" dan gelaran lain untuk menunjukkan kita berada di era zaman moden... kerana hakikatknya kita kini berada di dalam "Dunia Akhir Zaman" yang masih ramai lagi tidak mahu mengiakannya. Masih mampukah kita menyangkalnya sedangkan banyak bukti dah ada di depan mata? Antaranya...
Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA
LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.
Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas. Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.
Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.
Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.
Lihat hadis yang ke 15 di bawah. Berita selanjutnya boleh di baca di sini -->
KOSMO-DUNIA
Dan satu lagi berita yang sangat menyesakkan dada adalah seperti berikut...
Adegan seks ustazah di asrama pelajar
KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.
Astaghfirullahalazim... Mengucap panjang sambil terbeliak mata saya apabila membaca artikel ini. Nauzubillahiminzalik... Dalam hadis ada menyatakan “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim). Ini merupakan salah satu tanda yang kita telah pun berada di akhir zaman.bSemoga Allah SWT melindungi kita semua daripada melakukan perkara sebegini. Dan sama-samalah kita mendoakan supaya yang telah terlajak tu kembali ke pangkal jalan.
Saya yakin, disebabkan kes-kes seperti ni akan lebih ramai orang akan memandang serong kepada orang-orang yang berpewatakan seperti ustaz dan ustazah. Tapi sama-samalah kita menghitung dosa sendiri (muhasabah diri) dan mencari buruk diri sendiri dulu sebelum melncari dan mengaibkan orang lain. Ini adalah kerana kitalah yang menjadi penentu baik buruk diri kita. Seterusnya barulah boleh nak cari punca-punca lain yang menyebabkan terjadinya perkara-parkara sebegini. Dengan berlakunya perkara-perkara macam ni umat Islam akan semakin dipandang rendah... "Dek kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga".
Cuba kita bandingkan keadaan zaman yang kita berada sekarang ini dengan hadis-hadis hadis-hadis yang menyatakan tentang PERISTIWA AKHIR ZAMAN di bawah ni. Seperti saya juga... Pasti kita akan nampak betapa banyak persamaannya.
HADIS 01: Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman
HADIS 02 : Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan
HADIS 03 : Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam
HADIS 04 : Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang
HADIS 05 : Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi dan Nasrani
HADIS 07 : Golongan Yang Sentiasa Menang
HADIS 11 : Umat Islam Memusnahkan Orang-orang Yahudi
HADIS 12 : Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit
HADIS 13 : Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak HADIS 14 : Dimanakah Punca Kebinasaan Seseorang
HADIS 15 : Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka
HADIS 16 : Zaman Dimana Orang Tak Pedulikan Dari Mana Mendapat kan Harta
HADIS 17 : Harta Riba Wujud Di Merata Tempat
HADIS 18 : Orang Meminum Khamar dan Menamakannya Bukan Khamar
HADIS 19 : Sedikit Lelaki dan Banyak Perempuan
HADIS 20 : Hamba Menjadi Tuan dan Terbinanya Banyak Bangunan Yang Mencakar Langit
HADIS 21 : Ahli Ibadat Yang Jahil dan Ulama Yang Fasiq
HADIS 22 : Orang Yang Berpegang Dengan Agamanya Seperti Memegang Bara Api
HADIS 27 : Tanah Arab Yang Tandus Menjadi Lembah Yang Subur
HADIS 29 : Kelebihan Beribadat Di Saat-saat Huru Hara
HADIS 30 : Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan
HADIS 31 : Ketiadaan Imam Untuk Sembahyang Berjemaah
HADIS 34 : Al Quran Akan Hilang dan Ilmu Akan Diangkat
HADIS 35 : Lima belas Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala
HADIS 36 : Lima Maksiat Yang Disegerakan Balasannya
HADIS 37 : Bilakah Akan Terjadi Kehancuran
HADIS 39 : Menggadaikan Agama Kerana Dunia
HADIS 42 : Sepuluh Tanda-tanda Kiamat Yang Besar
Semoga kita semua sama-sama dapat manfaat dari post kali ini. Saya hamba Allah SWT yang lemah, tak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Mohon diberi teguran sekiranya terdapat kekhilafan. Yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. Sampaikanlah walau sepotong ayat. Sekian. Wassalam.