:: PENGIKUT ::

Wednesday, December 28, 2011

Perkembangan Janin dalam Rahim Ibu



Sebuah video khas buat tatapan semua insan yang bergelar ANAK...



Anakku by Vina Panduwinata


Saat engkau tertidur
Kupandangu wajahmu
Masuh inginku mendakapmu
Masihku inginku menciummu


Tak pernah kusadari
Waktu cepat berlalu
Kini engkau menjadi besar
Kini engkau lah harapanku

Tumbuh...
Tumbuhlah anakku
Raih... lah cita-citamu...
Jangan pernah engkau ragu sayang
Doaku slalu bersamamu
Membuat aman di hidupmu
Hm....

oh hoo...
oh hoo...
oh hoo...

Tak pernah kusadari
Waktu cepat berlalu
Kini engkau menjadi besar
Kini engkau lah harapanku

Tumbuh...
Tumbuhlah anakku
Raih... lah cita-citamu...
Jangan pernah engkau ragu sayang
Doaku slalu bersamamu
Membuat aman di hidupmu





Doa Untuk Anak Di dalam Kandungan

 *Klik di atas gambar untuk gambar yang lebih besar*


Wednesday, December 21, 2011

"Don't Judge A Book By Its Cover"



Jangan pandang seseorang dengan hanya menggunakan sepasang mata tetapi pandanglah sekali dengan menggunakan MATA HATI

P/S : Jangan menyerah kalah dengan pandangan manusia, teruskan usaha pasti akan berjaya. :)

Monday, December 19, 2011

Law Kana Bainana - Jika Kekasih-Mu, Masih Berada Bersama-sama Kami





 
Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


Baby Stroller Yang Jarang Atau Tidak Pernah Dilihat Di Malaysia

A. Normal Stroller

1. Britax B Ready Stroller
Kelebihan : Boleh diubah kepada 14 gaya yang berbeza
Harga : ± RM1300.00









2. Babystyle Oyster Stroller
Kelebihan : Boleh diubah kepada 3 gaya yang berbeza
Harga : ± RM2000.00







3. Quinny Buzz / Senzz / Moodd / Zapp / Zapp Xtra / Yezz / Speedi
Kelebihan : Pelbagai model dan gaya termasuk baby carrier
Harga : ± RM2000.00






Saturday, December 17, 2011

Pensyarah Universiti Al-Azhar Syahid Ditembak : Syeikh 'Imad 'Affat 'Afifi Abdul Fatah



Assalamualaikum w.b.t. Sebut sahaja nama Syeikh ‘Imaduddin Ahmad ‘Iffat ‘Afifi Abdul Fatah, pasti seluruh warga Malaysia di bumi Anbiya’ mengenali & mengagumi kredibiliti serta ketokohan beliau. Beliau sangat dikenali sebagai seorang yang  faqih, ‘alim, tawadhu’, zuhud, sufi dan bersederhana dalam kehidupannya.

Di kaca mata saya, beliau merupakan seorang mursyid yang amat rajin serta tekun dalam menyampaikan ilmu kepada thoifah liyatafaqqohu fiddin yang amat dahagakan pengetahuan untuk mengenali Rabbul Izzati.



Mengimbau kembali rentetan zikroyat silam yang terlalu manis untuk dikenang, di sini saya ingin berkongsi bersama apa yang pernah saya dan sahabat-sahabat lalui bersama As-Syaheed sewaktu menuntut di Al-Azhar suatu ketika dahulu.

Seawal jam 8.00 sehingga 11.00 pagi setiap hari Isnin dan Rabu kelas Tafaqquh Fiddin berpandukan kitab Hasyiatul Baijuri 'ala Syarh Ibni Qassim Al-Ghuzzi diadakan di masjid Al-Azhar. Beliau melayan karenah anak-anak didiknya yang banyak bertanyakan itu dan ini tanpa sedikit pun timbul rasa jemu. Ada antara kami bertanya untuk mendapatkan kepastian & kefahaman yang lebih mendalam dan ada juga yang bertanya hanya semata-mata mahu menilai setinggi mana kefaqihan ilmu syeikhuna ’Imaduddin ‘Affat ‘Afifi rahimahullah.

Salah satu kelainan yang diterapkan oleh beliau dalam pengajarannya adalah mengulangkaji pelajaran sebelum sesi pengajian bermula. Beliau juga tidak akan lupa untuk menyoal murid-muridnya : “Hal ‘indakum sual?” (Ada sesiapa yang nak bertanya?) setiap kali tamatnya kelas tafaqquh. Sekiranya tiada yang ingin bertanya, beliaulah yang akan bertanya kembali berkenaan pelajaran yang baru di ajar kan tadi. Jika jawapan yang diberikan adalah betul, maka ada habuan (hadiah) yang akan diterima dan jika jawapannya adalah salah, libasan rotan pula akan hinggap di tapak tangan mereka. Satu kenangan yang cukup-cukup indah.



Tanggungjawab yang digalas sebagai ahli fatwa di Darul Ifta’ Mesir, bukanlah satu perkara yang mudah bagi mereka yang tidak mempunyai mujahadah serta semangat yang tinggi dalam keikhlasan menyampaikan ilmu. Dengan jarak kira-kira 30km daripada Masjid Al-Azhar, Syeikh ‘Imad sanggup datang ke Masjid Tauhid yang terletak di Hayyu Asyier untuk mengajar ilmu Nahu berdasarkan kitab Al-Makudi Syarah Alfiah Ibnu Malik pada sebelah malamnya.

Pada hari Jumaat 16 Disember 2011 bersamaan dengan 21 Muharam 1433H jam 6.30 petang (waktu Mesir) kita telah dikejutkan dengan berita pemergian As-Syaheed Syeikh ‘Imaduddin Ahmad ‘Iffat ‘Afifi Abdul Fatah rahimahullahu ta’ala anhu. Menurut satu sumber beliau telah ditembak oleh tentera Mesir ketika hadir dalam protes di Syari' Majlis al-Wuzara' Kaherah, Mesir. Akan tetapi khabar mengenai keterlibatan beliau dalam protes tersebut telah dinafikan oleh isterinya dan menegaskan bahawa Syeikh ‘Imad hanya sekadar hadir tetapi tidak terlibat dalam protes tersebut. Wallahu'alam




Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada pemburu ilmu Rabbi dan sukar dicari ganti dalam bidang keilmuan Islam pada masa kini. Semoga roh As-Syaheed Syeikh ‘Imad ditempatkan bersama golongan kekasih-kekasih Allah SWT di Jannatul Naim dan semoga beliau akan menjadi kebanggaan Rasulullah SAW ketika bertemunya nanti.  Ameen.




Dipetik daripada apa yang di untaikan oleh Syeikh ‘Ali Juma’ah terhadap anak muridnya ini:-
  
Adalah Syeikh 'Imad (semoga Allah merahmatinya) seorang ulama’ yang mahir dalam bidang feqah, kuat ber’ibadah, sentiasa berzikir dan mengingati Allah, seorang yang bersyukur kepada Allah, merendah diri kepada Tuhannya, seorang pejuang, seorang yang mulia, tidak takut kerana Allah pada cercaan orang yang mencerca, seorang yg berakhlak mulia, sangat tawadhu’, mempunyai reputasi yang baik, tidaklah seseorang melihatnya kecuali akan sayang kepadanya, semoga Allah merahmati kamu wahai syeikh kami..Syeikh 'Imad, dan sesungguhnya hati merasa sedih, mata mengalirkan air mata, sesungguhnya kami amat sedih dengan perpisahan ini, dan kami tidak akan mengatakan kecuali apa yang Tuhan kami redhai, sesungguhnya kami milik Allah dan dan kepadaNya kami akan kembali - Dr ‘Ali Juma’ah atas pemergian Syeikh 'Imad yang syahid tekena tembakan di dadanya


Antara mutiara kata Syeikh Yusri ( teman seperguruan beliau) :-

“ Syeikh ‘Imad sebab pernah belajar bersamaku di Kuliah Syariah di Universiti Al-Azhar di samping satu perguruan dengan Syeikh ‘Ali. Syeikh ‘Imad merupakan seorang yang cukup ‘alim dalam bidang lughah,diwarisi daripada ayah dan datuknya yang juga ‘alim dalam bidang yang sama. Syeikh ‘Imad mengajar kitab Mughni al-Labib yang cukup tinggi perbahasannya dan tidak ramai yang mampu menguasainya. Ketahuilah olehmu semua bahawa Rasulullah SAW bersabda :- Ilmu Islam itu akan hilang dengan cara Allah SWT mematikan para ulama’.”




AL-FATIHAH
Sumber : Berita Harian (17.12.2011)

Subhanallah : 'Tsunami' beku di Antartika


Assalamualaikum wbt...

Media banyak memaparkan berita-berita mengenai tsunami seperti di Acheh, Jepun, Malaysia dan juga beberapa tempat lain di serata dunia... Tetapi media tidak pernah memaparkan kejadian 'Tsunami' beku di Antartika.

 Berdasarkan daripada gambar-gambar yang bakal dipaparkan berikut secara realistiknya fikiran kita akan mentafsirkan bahawa apa yang kita lihat merupakan gambaran ombak besar yang telah membeku... Tetapi adakah kita benar-benar tahu apakah yang berlaku di sebalik kejadian ini?

Keratan di bawah diambil dari sebuah laman sesawang (snopes.com) yang menceritakan kajian mengenai kejadian alam ini.


 Sesungguhnya Allah SWT sahajalah yang Maha Mengetahui. 



Friday, December 16, 2011

Pembetulan kepada Post berikut "Subhanallah : Janin yang berusia 15 minggu mampu hidup di dunia"




  
Kimberly Mueller, is the smallest baby ever born and the youngest survivor in Germany after she was born 15 weeks prematurely. Her chances of living were rated at worse than 1,000-1.

Kimberly Mueller 12 March 2007Kimberly Mueller 300g

Tiny Kimberly Mueller weighed just over 10 ounces when she was born on 12.March.2007. Her chances of living were rated at worse than 1,000-1 when she was born 15 weeks premature. She had to be born by Caesarean section because the blood supply via the umbilical cord was poor due to placenta failure and the heart started to get weaker. But Kimberly, who was just 10.2 inches (26cm) long, spent months on a life support system as doctors in Hanover, Germany fought to save her. 

The tiny girl was kept in an incubator for warmth and drip-fed, while a respirator help her breathe. 
She was also given a cocktail of drugs to boost an immune system that was barely formed.

"Babies as small as this usually have no chance," said Dr Oliver Moeller, a heart specialist who treated her. "We are incredibly lucky that she lived. Such a case I have never experienced. We had a lot of luck ... a lot."

Kimberly's mother Petra Mueller, 38, from Hanover, who remained at her daughter's bedside in intensive care at the University Clinic in Goettingen, was allowed only to stroke her with her finger. 
"It was the nicest thing when she would grip my finger in her tiny hands," she recalled. 
"She was like a little bear gripping a tree trunk, just hanging on for life as if she was saying 
'Don't leave me, mummy'."

Kimberly at 6monthsAt three months, she faced a major setback, when doctors feared she could be blind. But laser treatment corrected the problem.

21 September 2007After six month's intensive care at the University Clinic in Goettingen, Kimberly had grown to weigh 5.5 pounds (2.5 kg) and measure 17 inches (43 cm), she was allowed to leave hospital and go to her Hanover home, living with daddy Andreas Mueller and mommy Petra Meuller. 

During the next few weeks she continued to be fed artificially and still need to have oxygen as her lungs keep developing.

Sumber : Kimberly Mueller

Walaupun usianya lebih matang dari 15 minggu iaitu 25 minggu.. tetapi dengan izin Allah bayi yang cuma berumur 6 bulan dan anda mampu melihat sendiri keadaan bayi tersebut yang masih kecil dan merah, tetapi dapat membesar di luar rahim ibunya dengan izin Allah SWT.. Subhanallah..

Demi Satu Nyawa



Begitu besar pengorbanan si ibu.
Tapi mengapa masih ada yang sanggup menjadi anak derhaka?
Meninggalkan ibu keseorangan di rumah, dihantar ke rumah orang tua.
Tidakkah sang anak tidak berfikir mereka jugak akan turut menjadi ibu juga suatu ketika nanti? Fikir2kan.. :)

P/S : Inilah antara salah satu sebab kenapa Rasulullah SAW menyuruh kita mengutamakan ibu dari lebih daripada bapa.

Thursday, December 15, 2011

Subhanallah : Janin yang berusia 15 minggu mampu hidup di dunia

Pembetulan : Bayi ini lahir 15 minggu lebih awal dari tarikh sebenar bermakna bayi ini lahir ketika berusia lebih kurang 6 bulan (25minggu) 


Terima kasih kepada yang prihatin. Saya telah mencari bahan mengenai bayi ini dan hasilnya saya postkan di link berikut. 


PEMBETULAN KEPADA POST INI


Assalamualaikum semua... 

Dengan kebesaran Allah SWT, janin yang berusia  15 minggu 6 bulan mampu hidup di luar rahim ibunya sehingga menjadi bayi yang sempurna. Subhanallah..



Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 6 bulan. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?



 Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….



 Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.






 Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?



Sesungguhnya ajal maut jodoh semuanya kehendak Allah. Kita juga tak mampu menolak 'takdir' yang semestinya telah ditentukan oleh NYA.


Sumber : mamaLUV

Saturday, October 1, 2011

rentetan isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara..


...menghina kemuliaan agama suci Islam,
 Karyawan Bisu tidak mahu melepaskan peluang,
menyatakan rasa kasih & sayang tanpa sempadan,
terhadap Ad-Ddin yang bakal menentukan haluan,
tikamana dibicarakan dihadapan Ar-Rahman,
sama ada menuju ke Riyadhul Jinan,
atau dihumban ke dalam An-Narul Jahannam..

Thursday, September 29, 2011

Pendedahan Terbaru Mengenai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Sebenar

Assalamualaikum wbt...

Pada bulan Ogos yang lepas, saya telah menulis mengenai satu isu panas yang melanda negara baru-baru ini. Isu ini telah membuka mata ramai pihak tentang pentingnya bersatu untuk menegakkan agama Islam yang benar. Isu mengenai penghinaan seseorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara terhadap agama Islam benar-benar membakar hati umat Islam di seluruh Malaysia. 

Beberapa pihak telah cuba mendedahkan identiti sebenar Makcik ini dengan menggunakan kepakaran IT mereka. Salah satu daripadanya adalah pihak GaySec. Pihak GaySec telah mendedahkan bahawa orang yang bertanggungjawab menyamar sebagai Makcik ini adalah Nor Arlene Tan Binti Khalid. Tetapi dakwaan mereka itu tidak tepat. Klik SINI untuk pembacaan yang lebih lanjut.

Terbaru satu lagi pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai KID CSI TEAM dikatakan telah berjaya menemui siapakah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara itu yang sebenarnya. Nama sebenar hamba Allah yang telah murtad ini adalah Adlin Binti Abdul Jalil. 

 Gambar terbaru Makcik Sitt yang diberi oleh kawan baik Makcik Sitt yang berkerjasama dengan kid-csi team..siapa dia? Biar mereka berteka teki! Inilah rupa Makcik Sitt Al Wuzara yg korang cari sejak bertahun-tahun dulu! Anda kenal siapa dia? Adlin Bt Abdul Jalil!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!!!!

 Tempoh hari dia lepas sebab tak ada bukti kukuh! Sekarang lihat bukti2 kukuh yang telah didedahkan ini!


  Lihat pada kedua-dua gambar print screen..jari2 yg sama.. Jari2 penjenayah yang cuba menyembunyikan diri.. Tapi tumpas jugak akhirnya.. 




Kad pengenalan Makcik Sitt ini turut telah berjaya dibongkar. Nama Islam. Agama Islam. Tetapi sayang, mempersendakan agama sendiri. Untuk apa? Hanya dia yang tau.

Terdapat banyak lagi pendedahan-pendedahan kepada manusia-manusia yang murtad ini setelah Makcik Sitt ni mengganas. Semoga Allah SWT membalas apa yang telah manusia-manusia ini lakukan. 

Kenapa perlu merendah2kan agama sendiri kalau dah tak suka. Hanya orang yang akalnya letak dibelakang kepala lutut sahaja yang akan melakukan perkara seperti ini. 


Picture Credit to : KID CSI TEAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...