:: PENGIKUT ::

Thursday, September 29, 2011

Pendedahan Terbaru Mengenai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Sebenar

Assalamualaikum wbt...

Pada bulan Ogos yang lepas, saya telah menulis mengenai satu isu panas yang melanda negara baru-baru ini. Isu ini telah membuka mata ramai pihak tentang pentingnya bersatu untuk menegakkan agama Islam yang benar. Isu mengenai penghinaan seseorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara terhadap agama Islam benar-benar membakar hati umat Islam di seluruh Malaysia. 

Beberapa pihak telah cuba mendedahkan identiti sebenar Makcik ini dengan menggunakan kepakaran IT mereka. Salah satu daripadanya adalah pihak GaySec. Pihak GaySec telah mendedahkan bahawa orang yang bertanggungjawab menyamar sebagai Makcik ini adalah Nor Arlene Tan Binti Khalid. Tetapi dakwaan mereka itu tidak tepat. Klik SINI untuk pembacaan yang lebih lanjut.

Terbaru satu lagi pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai KID CSI TEAM dikatakan telah berjaya menemui siapakah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara itu yang sebenarnya. Nama sebenar hamba Allah yang telah murtad ini adalah Adlin Binti Abdul Jalil. 

 Gambar terbaru Makcik Sitt yang diberi oleh kawan baik Makcik Sitt yang berkerjasama dengan kid-csi team..siapa dia? Biar mereka berteka teki! Inilah rupa Makcik Sitt Al Wuzara yg korang cari sejak bertahun-tahun dulu! Anda kenal siapa dia? Adlin Bt Abdul Jalil!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!!!!

 Tempoh hari dia lepas sebab tak ada bukti kukuh! Sekarang lihat bukti2 kukuh yang telah didedahkan ini!


  Lihat pada kedua-dua gambar print screen..jari2 yg sama.. Jari2 penjenayah yang cuba menyembunyikan diri.. Tapi tumpas jugak akhirnya.. 




Kad pengenalan Makcik Sitt ini turut telah berjaya dibongkar. Nama Islam. Agama Islam. Tetapi sayang, mempersendakan agama sendiri. Untuk apa? Hanya dia yang tau.

Terdapat banyak lagi pendedahan-pendedahan kepada manusia-manusia yang murtad ini setelah Makcik Sitt ni mengganas. Semoga Allah SWT membalas apa yang telah manusia-manusia ini lakukan. 

Kenapa perlu merendah2kan agama sendiri kalau dah tak suka. Hanya orang yang akalnya letak dibelakang kepala lutut sahaja yang akan melakukan perkara seperti ini. 


Picture Credit to : KID CSI TEAM

Wednesday, September 28, 2011

New Video Clip For The Rest of My Life by Maher Zain



... and I will LOVE you eternally... 

For You My Beloved Husband : Karyawan Bisu. :)

From Your Wife : Miss Indee.

bila ku pandai berkata-kata..





... kanku ungkapkan kalimah penghargaan buat ibu & ayah yang telah bersusah payah membesarkanku... 


Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!

Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!

jika aku seekor burung..




kanku siulkan lagu indah buat diri mu.. 
special thanx untuk uda & pak uda yang telah banyak membantu kami dalam menjalani kehidupan berumahtangga ini. semoga Allah kan membalas buat diri kalian dengan 1001 rezeki yang tidak terduga berserta keberkatan dan kerahmatan di dalamnya.
ameen 

Thursday, September 22, 2011

10 Gangguan Syaitan Ketika Solat


Semoga ia beroleh manfaat dan sentiasa mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah SWT.

Antara gangguan itu adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.
Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.
Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.
Sumber : Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Monday, September 19, 2011

Tanda-tanda Hati Mati



Menurut kata seorang tokoh sufi terkenal, Ibrahim Adham menyatakan bahawa tanda-tanda hati mati itu:

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hakNya
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberianNya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...