Alhamdulillah... aku masih berpeluang untuk berkarya di blog ni. Setelah hampir seminggu aku bertungkus lumus memerah otak untuk mid sem exam... akhirnya ada juga masa yang dapat aku luangkan untuk blog ini. Semalam aku baru sahaja langsai satu paper untuk mid semester exam. Killer subject bagi students Sarjana Matematik Pengurusan dan Kewangan.
Persediaan am telah dilakukan dari hari pertama kuliah bermula... 2 minggu berhempas pulas untuk memahami dan menyusuri kesukaran-kesukaran maksud ayat yang tersirat... Akhirnya... semalam paper Stokastik telah pun di jawab... Mungkin mereka-mereka yang membaca bait-bait ayat di atas akan bertanggapan aku telah berjaya menjawab dengan baik. Hakikatnya... perkara sebaliknya yang terjadi. MasyaAllah.. Bayangkan... dalam masa satu jam setengah yang diperuntukkan... aku hanya dapat menggunakan satu jam yang terakhir sahaja untuk menjawab soalan exam tu. Setengah jam pertama aku betul2 blur~.
Sukar nak gambarkan perasaan masa tu. Bercampur baur... Tension, geram, sakit hati... sampai satu tahap... aku rasa macam nak menyerah kalah. Tak nak jawab and nak hantar kat Prof. Tapi belum sempat aku buat keputusan untuk surrender... aku teringat pesan insan2 tersayang... Mama dan ayah pesan kalau tak boleh jawab... Relax dulu dan tenangkan fikiran... Baca satu set (3 Qul) banyak2 kali sampai rasa nervous tu hilang. 'Insan itu' pula sebelum aku melangkah ke dewan exam telah mengarang ayat sebanyak 4 pages (SMS) untuk memberi semangat kepada aku. Antara pesanan yang diingati... Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW ketika lupa... Akhirnya.. Alhamdulillah... berkat nasihat-nasihat dan doa-doa yang mengiringi... akhirnya aku dapat juga menenangkan hati dan menjawab soalan exam tu. Walaupun masa yang ada sangat singkat...
Dan sekarang... Aku tahu, apa yang harus aku lakukan adalah redha dan perbanyakkan doa seterusnya bertawakal dengan segala ketentuan yang bakal aku terima. Walau macam mana sekalipun.. aku tetap bersyukur kerana Allah SWT memberi aku peluang untuk tidak berputus asa...
Terima Kasih Ya Allah....
No comments:
Post a Comment