:: PENGIKUT ::

Monday, December 21, 2009

Ada apa dengan hidup?

Kadang-kadang hidup ni sukar untuk kita tafsirkan. Adakalanya kita akan rasa kitalah orang yang paling bertuah di dunia dan ada kalanya kita merasakan yang kita ni tergolong dalam golongan-golongan yang malang... Kenapa  timbulnya perasaan-perasaan tu?

Aku juga tak punya jawapan bagi persoalan yang sering berlegar-legar difikiran ini. Tetapi berdasarkan apa yang telah aku lalui sepanjang hidup dari sejak aku dilhirkan sehinggalah aku berumur 22 tahun 11 bulan 2 minggu ni... Aku dapat merasakan... Setiap perkara dalam kehidupan ini akan terselit pesanan-pesanan dan juga peringatan-peringatan untuk dijadikan sebagai panduan serta pedoman hidup. Terlalu banyak pepatah-pepatah dan kata-kata yang menghujahkan mengenai kehidupan ni. Diantaranya ialah...

1. Life is what happens to you while you’re working for your future.
2. Life is just a mirror, and what you see out there, you must first see inside of you.
3. Life's not always fair.  Sometimes you can get a splinter even sliding down a rainbow.
4. Life is what we make it, always has been, always will be

dan salah satu kata-kata keramat yang sering kita dengar ialah

5.  Pengalaman mengajar erti kedewasaan

Aku yakin... Hampir setiap manusia di dunia mengakui tentang kebenaran kata-kata di atas. Begitu juga denganku. Dan aku pula mula menyedarinya semenjak timbul persoalan-persoalan yang bukan-bukan dibenak ini. Tatkala aku sendiri dan menghadapi psesuatu perkara yang sukar persoalan seperti ini sering timbul -->   "Mengapa aku bernasib malang?", "Kenapa orang lain selalu je dapat apa yang diorang nak tapi aku tak?" "Kenapa aku tak pandai tapi orang lain pandai?" "Kenapa orang kaya yang lupa diri tapi diorang tetap kaya.. tapi aku tak?", "Kenapa ada orang tu dahla cantik jelita, pandai, kaya pulak tu tapi aku ni? Jauh panggang dari api?", "Kenapa orang lain dapat meniti kebahagian sedangkan aku tidak sebahagia diorang?" (Astaghfirullahalazim...) Tetapi setelah aku bermuhasabah diri... Berfikir semula apa yang perlu aku fikirkan... Akhirnya aku menemui jawapan dan juga kekuatan... Rupa-rupanya semua yang berlaku atas kehendak Dia Yang Maha Esa ada sebab musababnya... Sejak pada itu, setiap kali aku ditimpa musibah aku akan mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT... Dan setiap kali itulah aku merasakan bahawa aku adalah antara insan yang bertuah kerana Allah SWT memberi aku peluang untuk merasakan diri aku ini masih lagi disayangi dan dingati...

Aku cuba membayangkan jika aku mempunyai kehidupan yang terlalu sempurna... hidup senang lenang, kaya raya tanpa sekelumit masalah pun... Dan pada suatu hari yang tak pasti bilakah ia akan berlaku aku menjadi bankrap atau kehilangan harta akibat kemusnahan alam atau disebabkan perkara-perkara yang tak pernah kita jangka. Aku pasti aku tidak akan punya kekuatan untuk menghadapi perkara yang terjadi itu kerana tidak punya pengalaman dalam menghadapi permasalahan sebelumnya itu. Oleh sebab itu. aku cuba meyakinkan diri... setiap masalah dan ujian yang menimpa diri kita punya alasan dan sebab serta panduan untuk diri kita.

Dan dari situ juga aku mula sedar... Setiap kali aku ditimpa masalah dan setiap kali aku cuba menyelesaikannya... Aku akan bertemu dengan pelbagai persoalan-persoalan serta penyelesaian-penyelesaian yang baru untuk menyelesaikan masalah itu. Apa yang jelas lagi nyata... Aku dapat mempelajari terlalu banyak perkara dari masalah atau ujian itu yang boleh dijadikan sebagai panduan serta pedoman untuk masa yang mendatang. Demikian itu, aku merasakan semakin hari aku semakin matang dalam menjalani liku-liku hidup yang penuh onak dan duri ini.

Dan dengan adanya entry ini akan aku jadikan ianya sebagai peringatan untuk diriku  bagi mengharungi dugaan-dugaan dan cabaran-cabaran serta segala ujian yang bakal menanti setelah rasminya aku bergelar pelajar Sarjana dalam bidang Matematik Pengurusan dan Kewangan pada 21 Disember 2009 ini. Semoga aku akan tabah menghadapi semuanya dan semoga aku dapat menamatkan pengajian pada kali ini dengan CEMERLANG dan seterusnya mendapat pekerjaan yang diimpikan. Ameen Ya Rabbal Alamin....

@>--- Semoga aku dibukakan pintu rezeki untuk menjadi tutor semasa dalam pengajian ni. Aminnn....

2 comments:

MiSS NaDieYA said...

Apa y kita nk kdg2 tak dpt..tapi insyaAllah ad y tbaik utk kita..ad hikmah di sebaliknya..kita kna usaha walaupon diuji..kita tak tau disebaliknya dan pengalaman mendewasakan..semoga dpt y terbaek dlm hidup!!!..aminnnn

.:: Miss Indee ::. said...

yup2! kite stuju ngan nadiya... 100% ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...