:: PENGIKUT ::

Thursday, March 12, 2009

Lagi 70 ribu warga Bangladesh akan di bawa masuk ke Malaysia.

On the way to Kuala Lumpur city from Ampang, traffic light berwarna merah menandakan kereta perlu diberhentikan.

Sara : Ish... Macam hero hindustan la.

Lin : Uish... mane Sara, mane? hehe...

Sara : Tu mat Bangla yang tengah lintas kat depan tu...

Lin : Erk! Tu yang golap bak langit time malam tu ke Sara? HAHAHA... Sara ni buat lawak la... macam hero tamil je adela. Hensem lagi mamak kat kedai mamak Menara Ampang tu.

Sara : Memang pon... wakakaka... Saje je nak kenakan Lin. Mak aih... lintas beramai2 pulak mat2 Bangla nih... Lin.. pilih calon Lin... ade gak yang ensem2 tu.

Lin : Woi~ woi~ ape pilih2... Macam da takde orang Melayu dah nak suh kite pilih2 mat Bangla nih... Kalau Sara nak Sara je la yang pilih... hahaha...

Sara : Haha... Sorry sikit. Tapi memang orang Melayu da tak ramai da kot sampai kerajaan nak bawak masuk lagi 70 ribu orang Bangladesh masuk sini.

Lin : Haa? Bile mase pulak kerajaan nak bawak masuk dorang ni? Tatau pun? 

Sara : Nampak sangat Lin ni tak bace paper and tengok berita... haha... Adela... Baru jugak heboh pasal benda nih.

Lin : Hehe.. ade ek... tau la... ade... yg pasal levi2 tu kan.. eleh... ingat kite tak tau ke... Tak ingat je la... =p. Tapi kenapa la nak bagi dorang tu masuk lagi kat Malaysia ni. Tak cukup lagi ke pendatang asing kat sini? Nak kata tak cukup.. time2 cuti cam ni K.L ni da nampak macam dekat 'oversea' da pun. Kita orang Malaysia sendiri rase macam kat negara orang lain. Diorang je yang berlambak2 kat sini. Tu yang kate tak cukup tu?

Sara : Diorang maksudkan tak cukup tu untuk sektor perladangan la. 

Lin : Tau la... Ape yang susah... Mane2 yang berlebihan kat sektor lain bawak la masuk ladang tu. Sekarang ni kan ramai yang kena buang kerja. 20 ribu orang yang kena buang sebab kemelesetan ekonomi ni. 8 ribu warga asing 12 ribu penduduk tempatan. Ambil je la diorang bekerja kat ladang tu.

Sara : Lin, yang 8 ribu orang tu mungkin boleh nak terima kerja kat ladang. Tapi masalahnya yang 12 ribu lagi tu. Tak tentu nak. Thats why kerajaan nak bawak masuk lagi 70 ribu tu kot. Lagipun dah ade perjanjian.

Lin : Ni la masalah dengan kita rakyat Malaysia ni sekarang. Nak salahkan kerajaan 100% sebab nak bawak masuk 70 ribu warga Bangladesh tu pun tak boleh jugak. Sebabnya, orang Malaysia sendiri yang kerja memilih. Kerja semua nak duduk dalam 'air-cond'. Tak main la kerja kat tempat2 panas berdentum nih. Tapi tak boleh jugak. Sepatutnye kerajaan kene kaji sedalam-dalamnya pasal perkara ni. Mesti ada cara lain untuk tangani masalah tu. Tak semestinya bawak masuk lebih banyak pendatang asing ni akan menyelesaikan masalah. Menambahkan masalah lagi mungkin ade. Sara punmesti banyak dengar kan pasal kes2 jenayah yang berleluasa sekarang ni banyak jugak dilakukan oelh warga2 asing ni.

Sara : Yup2. Betul tu Lin. Memang banyak jugak masalah yang diorang timbulkan. Tapikan Lin Sara nak tambah sikit la kat komen Lin pasal orang tempatan memilih nak kerja kat tempat yang best2 tu. Sara rasalahkan, diorang ni pun tak boleh kita blame 100%. Kalau la kebanyakan yang menganggur tu semua lepasan universiti... ade diploma... ade ijazah... takkan diorang nak kerja kat ladang-ladang pulakkan. Lagipun kalau kerja kat ladang gaji banyak mana lah sangat. Zaman sekarang ni semua benda kalau nak mesti kena ade duit. Kalau takde... duduk la diam2 kat situ. Tu yang banyak graduan taknak keje kat ladang2 tu kot. Pastu, salah satu sebab lagi, kalau lelaki, diorang mesti fikir banyak kali nak keje kat ladang coz nanti takut tak dapat kawin dengan anak dara orang. Sebabnya? Haha... Mak ayah belah perempuan memilih calon menantu. Nak bakal menantu yang kerja ada pangkat je..engineer,lawyer,manager,doctor,big boss... Kalau setakat kerja kat ladang, kirim salam je la kot. Betul tak Lin?

Lin : Ada betulnya jugak. Mungkin diorang nak masa depan anak dara diorang  terjamin kot. Coz kalau kerja kat ladang berapa sangat la pendapatan lelaki tu dapat untuk tanggung anak diorang. Tapi Lin rasa ade je penyelesaian untuk masalah macam ni. Dalam berita tu kata levi yang perlu dibayar kerajaan Malaysia untuk bawak masuk 70 ribu warga Bangladesh ni adalah RM70 juta. Bersamaan RM1ribu untuk seorang. Apa la salahnya kalau misal kata penganggur2 lepasan Universiti ni bekerja kat ladang diorang dibayar gaji ikot tahap akademik diorang. Memang la tak berapa proper. Tapi kalau dah macam ni punya susah sampai nak bawak masuk orang lain sedangkan kat penganggur berlambak kat tempat sendiri. Rasanya itu takkan mendatangkan kesalahan. Am I right?

Sara : Hmmm... Tak terfikir pulak Sara sampai ke situ. Tapi ada betulnya kan Lin. Harap2 la 70 ribu warga Bangla tu tak jadi nak dimasukkan. Kalau tak nanti... apalah nasib rakyat tempatan. Macam merempat di negara sendiri pun ada jugak bila nak difikirkan. Yela... kita boleh tengok sendiri kebanjiran warga asing kat depan mata kita sekarang ni lin.

Lin : Hah...Eh... A'ah la Sara. Dah sampai dah rupanya kita.. Dari tadi dok membebel pasal perkara ni. Uish... Takut pulak Lin tengok diorang berkumpul ramai2 tu. Jomla cari parking cepat2 Sarah....


Actually, dialog kat atas ni bukan la benar-benar berlaku. Sara dan Lin tu merupakan watak rekaan yang tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. hehe.... Cuma apa yang nak disampaikan tu betul la. Itulah antara perkara-perkara yang menjadi persoalan minda sekarang ni. Hopefully, perkara seperti tajuk entry ni takkan terjadi. Kalau benar-benar terjadi atau pun berlaku, makanya Malaysia mungkin akan berhadapan dengan masalah yang besar pada masa akan datang Tetapi maklumat terkini saya dapat tau... Memang perkara ini sah tidak akan terjadi. Kerajaan dah pun membatalkannya levi tersebut. Tapi solution untuk masalah sektor perladangan tu, saya dah berikan pandangan saya sendiri. Tak tau la boleh nak diterima ataupun tak kan. Itu hanyalah dari sudut pandangan sendiri dan orang lain mungkin ada pandangan masing-masing.. So, fikir2kanlah sendiri untuk kebaikan kita bersama!



Di bawah ni adalah petikan akhbar yang menyentuh tentang post kali ni.

Tolak 70,000 Bangladesh

KUALA LUMPUR 9 Mac – Kerajaan perlu mengutamakan pekerja tempatan yang hilang pekerjaan dan bukannya membawa masuk lebih 70,000 pekerja Bangladesh ketika negara menghadapi kelembapan ekonomi global.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Samsuddin Bardan berkata, kerajaan juga perlu menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 200,000 lepasan sekolah yang memasuki pasaran kerja setiap tahun.

‘‘Daripada 20,000 pekerja di negara ini yang diberhentikan sehingga akhir bulan lalu, 8,000 merupakan pekerja asing, sementara 12,000 lagi adalah pekerja tempatan.

‘‘Mereka inilah yang harus diutamakan berbanding 70,000 pekerja Bangladesh tersebut,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan 70,000 pekerja Bangladesh yang dijangka tiba di sini tidak lama lagi.

Samsuddin turut melahirkan rasa pelik terhadap laporan tersebut. Ini kerana kemasukan pekerja asing itu ketika keadaan ekonomi tidak begitu baik dan ramai pekerja tempatan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pekerjaan.

‘‘Seharusnya pekerja tempatan yang diberhentikan daripada sektor pembuatan diserap ke sektor perladangan dan binaan sementara langkah menggunakan pekerja Bangladesh dalam sektor perkhidmatan adalah tidak wajar,’’ katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan para pekerja Bangladesh itu sudah membayar kos yang tinggi iaitu RM12,000 hingga RM13,000 untuk mendapatkan pekerjaan di negara ini.

‘‘Kos yang dibayar memerlukan mereka bergolok-bergadai dan bekerja di negara ini selama satu setengah tahun bagi memastikan balik modal,’’ jelasnya.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan kerajaan Malaysia dan Bangladesh mengadakan perbincangan segera untuk menyelesaikan isu kemasukan lebih 70,000 tenaga kerja daripada negara itu.

Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud berkata, isu itu perlu ditangani secara berhemah bagi menjaga hubungan di antara dua negara selain mengelak timbul kegelisahan dan tanda tanya di kalangan rakyat.

Katanya, persetujuan yang dicapai sebelum ini boleh ditarik balik dan sepatutnya mengandungi klausa tertentu termasuk membenarkan ia dibatalkan sekiranya berlaku perkara di luar kawalan.

“Hujah bahawa kita perlu menerima mereka hanya kerana kelulusan dan permit telah dibayar adalah hujah yang lemah.

“Ia seumpama sengaja mencari alasan. Dalam mana-mana perjanjian perlu ada klausa yang akan membatalkannya jika sesuatu berlaku. Jika tiada, ia adalah perjanjian yang tidak adil kerana terlalu memihak,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Shahir turut menegur kenyataan Talat bahawa pekerja terbabit tidak meminta gaji yang tinggi dan mampu bekerja dalam apa jua keadaan.

Katanya, hujah itu tidak wajar digunakan sama sekali kerana seseorang pekerja sepatutnya dibayar gaji selaras dengan tahap kemahirannya dan bukannya dianiaya.

“Pembayaran gaji yang rendah adalah satu penindasan dan pada masa yang sama menafikan hak pekerja tempatan, akhirnya yang menang ialah majikan dan ejen.

“Jika pekerja tempatan enggan bekerja di sektor tertentu, kita perlu tanya kenapa? Adakah gaji mereka munasabah dan bagaimana pula persekitaran kerjanya,” katanya.

Mengulas perkara sama, Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kemasukan para pekerja asing dalam jumlah yang ramai sebenarnya tidak menjanjikan apa-apa.

Beliau memberitahu, melalui pengalaman PPIPBM sebelum ini, ramai di antara warga Bangladesh yang diterima bekerja tidak mempunyai kecekapan dan kemahiran asas seperti membaca dan menulis.

‘‘Ini diakui sendiri oleh ahli-ahli PPIPBM sendiri dan kehadiran mereka yang tidak tahu membaca dan menulis itu merugikan pihak majikan,’’ tegasnya.

Di samping itu katanya, isu kekurangan pekerja dalam sektor perkhidmatan atau sektor-sektor lain boleh diatasi dengan kerjasama dan sokongan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan umpamanya boleh menyediakan elaun khas buat pekerja tempatan yang menyertai syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana di negara ini bagi menarik minat mereka.

‘‘Melalui pengalaman PPIPBM juga, para pekerja tempatan di sektor perkhidmatan dan perkilangan sering berhenti untuk menyertai syarikat lebih besar selepas beberapa tahun menimba pengalaman di syarikat kecil,’’ tegasnya.


Dan, yang berikut ni adalah petikan mengenai pembatalan levi tersebut.

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini membatalkan semua visa kemasukan 70,000 pekerja Bangladesh serta-merta, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar. Beliau berkata, semua levi yang sudah dijelaskan atas kelulusan yang dibuat pada 2007 itu juga akan dibayar semula kerajaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...