:: PENGIKUT ::

Tuesday, August 16, 2011

Isu Penghinaan Agama Islam oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Note : Anda dinasihatkan untuk sentiasa beristighfar apabila membaca status-status dan juga komen-komen Facebook yang bakal dipaparkan di bawah ini. 

Assalamualaikum wbt...

Pada Ramadhan kali ini, umat Islam telah dikejutkan dengan cerita yang menggemparkan mengenai penghinaan-penghinaan terhadap agama Islam oleh mereka-mereka yang menggelarkan diri sebagai Atheist atau Freethinker dan lebih mudah lagi untuk difahami sebagai MURTAD. Mereka terlalu bangga dengan status Murtad mereka sehinggakan sanggup menghina nama Allah S.W.T dan juga Nabi Muhammad S.A.W. Dan salah seorang daripada mereka menggelarkan diri sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Dia telah menghina Allah SWT dan agama Islam di dalam tulisan-tulisan di blog dan komen-komen di Facebook dan Twitter. Antara princtscreen FB dan Twitter yang saya dapat adalah 


Mula-mula kata masih Islam lepas tu kata dah Murtad. Kesian makcik ni. Dia mungkin mengalami sindrom kekeliruan diri. Tak tahu dah nak beza mana yang benar dan mana yang batil.



Dan terdapat pendedahan identiti yang telah dibuat oleh GaySec tetapi akhirnya orang yang mereka trace itu disangkal oleh makcik itu sendiri. Nor Arlene Tan binti Khalid merupakan orang yang disangkakan menyamar sebagai Makcik dan berikut adalah pendedahan yang telah dibuat oleh pihak GaySac.

Di atas kesilapan terhadap pendedahan itu pihak GaySec telah pun mengemukakan permohonan maaf kepada Arlene Tan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu. Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami. Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

Kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang. Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah,

Kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan.-GaySec.


Dan persoalan yang timbul sekarang adalah siapakah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang sebenar? Berikut merupakan individu yang dikatakan sebagai kemungkinan besar merupakan Makcik ni.

Wajah Sebenar Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Terbongkar
Wajah Sebenar Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Terbongkar
Rasulullah turut dipersendakan.

Wajah Sebenar Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Terbongkar
Dia dipercayai dilahirkan sebagai Melayu yang beragama Islam.

dan seorang lagi

Name:  Penghina1.JPG
Views: 1274
Size:  36.6 KB



Sejauh mana kebenarannya, wallahualam.

Sedih melihat umat Islam hari ini. Saya terfikir, jika benar Islam itu agama yang salah, agama yang hina dan agama yang kejam dan zalim, kenapa orang yang convert dari agama lain kepada agama Islam peribadi dia jauh lebih mulia dari orang yang murtad ni? Fikir-fikirkan.

Semoga suatu hari nanti mereka mendapat petunjuk dan juga hidayah dari Allah SWT seterusnya sedar dan bertaubat. Kepada sahabat-sahabat yang lain, tunjukkanlah peribadi umat Islam yang sebenarnya. Jangan sesekali kita memaki hamun serta mengeluarkan kata-kata kesat walau marah macam mana sekalipun kepada mereka-mereka ini. Sesungguhnya, Islam itu merupakan agama yang mulia. 
Takbir!


6 comments:

Hami Asraff said...

Astaghfirullahalazim. Mengucap panjang baca ni.

.:: Miss Indee ::. said...

Ye saudara Hami.. Saya pun sama seperti anda. Betapa dahsyatnya percubaab untuk menyekat akidah orang Islam sekarang ni. Semoga kita semua dijauhkan dari perkara2 seperti ini. Amin.

Kayu Manis said...

astagfirrullahalazim,ya Allah!sesungguhnya aku mohon kpdmu ketaqwaan dan petunjuk dan keampunan dan kekayaan dan di matikan atas agama Islam iman...aminnnnnnn

.:: Miss Indee ::. said...

Amin. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT dari ancaman2 seperti ni.

Kak Eiza said...

Astaghfirullahalazim... dah umur makin meningkat macam ni kenapa makin tersimpang jauh sekali. Boleh saya share info ni??..

.:: Miss Indee ::. said...

Salam kak eiza.. Jika perkongsian untuk dijadikan sebagai iktibar dan juga nasihat kepada yang lain.. silakan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...