Saturday, May 16, 2009
Thursday, May 7, 2009
Syurga di Telapak Kaki Ibu
Tuesday, May 5, 2009
Mencari Bintang Timur
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang anda ingin nasihati.
3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
5. Anda akan melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insya-Allah saya doakan diri saya dan anda berjaya dalan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu’man), seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit, “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawap bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”. Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.
Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya ceritakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.
Saya bacakan kisah pada rasul, para Nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudah pun nyeyak dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.
Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya lihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.
Saya bertekad dalam hati, insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Oh! Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyeyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insya-Allah tidak lama lagi, akan muncul “bintang timur kecil’ dalam hidup saya.
"Wanita dijadikan daripada rusuk lelaki, bukan dari kepalanya untuk dijunjungnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai..."
Artikel ini dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia dalam ruangan LUAHAN RASA bersama PUTRI bertarikh 18/11/2007. Kisah ini diceritakan oleh seorang pemuda yang menggelarkan diri sebagai AEROELASTICITY SPECIALIST. Pemuda ini menceritakan kisah ini kepada Putri kerana dia kagum dengan sikap si suami di dalam kisah ini. Pemuda ini juga menyatakan hasratnya untuk mencari "Bintang Timur" yang dijanjikan untuknya supaya dia dapat melakukan perkara yang sama seperti yang telah dilakukan oleh si suami.
Actuallly, saya tergerak nak tulis balik cerita ni bila ternampak keratan akhbar yang saya simpan dalam file masa zaman study dulu. Boleh dikatakan 1/3 daripada coursemates (girls) saya simpan artikel ini. Seperti juga pemuda AEROELASTICITY SPECIALIST, kami juga turut kagum dengan keikhlasan, ketabahan dan kesabaran si suami menjaga si isteri yang sedang mengandung dan punya bermacam-macam ragam dalam tempoh yang lama. Perasaan kagum yang lahir dari hati kami membuatkan kami juga turut mengimpikan seorang suami yang mempunyai akhlak seperti si suami.
Persoalannya sekarang ini... Masih adakah lagi kaum Adam yang seperti ini? Mungkin ada... Tetapi bilangannya sudah berkurang... mungkin... saya tak bercakap berlandaskan fakta, so, saya tak tau. Tapi saya yakin, masih ramai lagi kaum Adam yang mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada mereka. InsyaAllah. Jika tidak mampu menjadi sehebat si suami yang ilmu agamanya dirasakan berada ditahap yang agak tinggi, mungkin masih mampu membimbing bakal isteri jika mempunyai asas ilmu agama yang kukuh seperti sentiasa mengingati Allah SWT, solat lima waktu, menjaga puasa dan amal ibadah dan mempunyai sifat tanggungjawab serta sentiasa ikhlas melakukan sesuatu perkara kerana Allah SWT. Dengan adanya semua ini, maka merekalah bakal-bakal suami yang didambakan oleh setiap wanita yang mengimpikan sebuah keluarga yang sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.
Sekian.
Friday, May 1, 2009
Dr.Fadhilah Kamsah menulis...
Assalamualaikum...
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen (sisa-sisa) nasik yang dia makan...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ... Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah .... mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu.. Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya.. dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik... dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib .... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam .... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat... solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly....
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih.DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK
@>--- Copy and paste (From my email)