Friday, January 6, 2012
Rezeki Dipaksa Bertamu Dengan ISTIGHFAR
Thursday, December 23, 2010
Hakikat Tudung?
Tuesday, April 6, 2010
Dijodohkan di Syurga
Sunday, October 18, 2009
Burned Toast
"When I was a little girl, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned toast in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet all my dad did was reach for his toast, smile at my mom, and ask me how my day was at school. I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that toast and eat every bite!
When I got up from the table that evening, I remember hearing my mom apologize to my dad for burning the toast. And I'll never forget what he said: 'Baby, I love burned toast.' Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his toast burned. He wrapped me in his arms and said, 'Debbie, your Momma put in a hard day at work today and she's real tired. And besides -a little burnt toast never hurt anyone!' You know, life is full of imperfect things.....and imperfect people. I'm not the best housekeeper or cook.
What I've learned over the years is that learning to accept each other's faults - and choosing to celebrate each other's differences- is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.
And that's my prayer for you today. That you will learn to take the good, the bad, and the ugly parts of your life and lay them at the feet of GOD. Because in the end, He's the only One who will be able to give you a relationship where burnt toast isn't a deal-breaker!
"Don't put the key to your happiness in someone else's pocket but into your own."
@>-- A beautiful story to ponder upon… if everyone in this world learn to accept others’ mistakes and forgive each other… life will move smoothly.
Tuesday, May 5, 2009
Mencari Bintang Timur

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang anda ingin nasihati.
3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
5. Anda akan melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insya-Allah saya doakan diri saya dan anda berjaya dalan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu’man), seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit, “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawap bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”. Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.
Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya ceritakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.
Saya bacakan kisah pada rasul, para Nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudah pun nyeyak dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.

Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya lihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.
Saya bertekad dalam hati, insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Oh! Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyeyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insya-Allah tidak lama lagi, akan muncul “bintang timur kecil’ dalam hidup saya.
"Wanita dijadikan daripada rusuk lelaki, bukan dari kepalanya untuk dijunjungnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai..."
Artikel ini dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia dalam ruangan LUAHAN RASA bersama PUTRI bertarikh 18/11/2007. Kisah ini diceritakan oleh seorang pemuda yang menggelarkan diri sebagai AEROELASTICITY SPECIALIST. Pemuda ini menceritakan kisah ini kepada Putri kerana dia kagum dengan sikap si suami di dalam kisah ini. Pemuda ini juga menyatakan hasratnya untuk mencari "Bintang Timur" yang dijanjikan untuknya supaya dia dapat melakukan perkara yang sama seperti yang telah dilakukan oleh si suami.
Actuallly, saya tergerak nak tulis balik cerita ni bila ternampak keratan akhbar yang saya simpan dalam file masa zaman study dulu. Boleh dikatakan 1/3 daripada coursemates (girls) saya simpan artikel ini. Seperti juga pemuda AEROELASTICITY SPECIALIST, kami juga turut kagum dengan keikhlasan, ketabahan dan kesabaran si suami menjaga si isteri yang sedang mengandung dan punya bermacam-macam ragam dalam tempoh yang lama. Perasaan kagum yang lahir dari hati kami membuatkan kami juga turut mengimpikan seorang suami yang mempunyai akhlak seperti si suami.
Persoalannya sekarang ini... Masih adakah lagi kaum Adam yang seperti ini? Mungkin ada... Tetapi bilangannya sudah berkurang... mungkin... saya tak bercakap berlandaskan fakta, so, saya tak tau. Tapi saya yakin, masih ramai lagi kaum Adam yang mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada mereka. InsyaAllah. Jika tidak mampu menjadi sehebat si suami yang ilmu agamanya dirasakan berada ditahap yang agak tinggi, mungkin masih mampu membimbing bakal isteri jika mempunyai asas ilmu agama yang kukuh seperti sentiasa mengingati Allah SWT, solat lima waktu, menjaga puasa dan amal ibadah dan mempunyai sifat tanggungjawab serta sentiasa ikhlas melakukan sesuatu perkara kerana Allah SWT. Dengan adanya semua ini, maka merekalah bakal-bakal suami yang didambakan oleh setiap wanita yang mengimpikan sebuah keluarga yang sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.
Sekian.
Saturday, January 17, 2009
.:: Cinta dan Kesetiaan ::.
Entri kali ini boleh dikatakan sebagai topik agak berat yang Miz nak kongsikan. Kali ini Miz nak berkongsi dengan semua orang tentang sebuah kisah percintaan agung yang ada termaktub di dalam Al-Quran. Pada pendapat Miz kisah percintaan Romeo dan Juliet ataupun kisah cinta Qaisy dan Laila mahupun kisah percintaan Sultan Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal tidak setanding dengan kisah percintaan Zulaikha dan Nabi Yusuf A.S.
Miz amat mengkagumi kesetiaan Zulaikha terhadap orang yang disayanginya dan kesetiaan Zulaikha inilah membuatkan Miz berazam untuk menjadi seorang yang setia jika suatu hari nanti Miz dipertemukan dengan orang yang benar-benar Allah S.W.T janjikan untuk Miz. InsyAllah.
Kita sedia maklum dan sentiasa diingatkan bahawa setiap manusia itu dijadikan oleh Allah S.W.T berpasang-pasangan. Lelaki dan wanita itu dikatakan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain tidak kiralah manusia itu seorang ahli perniagaan ke, ahli politik ke, doktor ke, penjual cendol ke, cikgu ke, tukang angkat sampah ke, nelayan ke or siapa-siapa sahaja
Jadi kita semua umat manusia sememangnya telah diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai pasangan masing-masing. Oleh itu, kita tidak perlu bimbang dan risau mengenai siapakah insan yang bakal menjadi pasangan hidup kita suatu hari nanti kerana Allah S.W.T Maha Adil dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Mungkin suatu perkara yang perlu kita pegang dalam hidup ini supaya kita dijodohkan dengan insan yang benar-benar terbaik untuk kita iaitu :-
“Wanita-wanita yang baik-baik itu untuk lelaki-lelaki yang baik-baik dan lelaki baik-baik itu untuk wanita-wanita yang baik-baik.” [QS. An Nur : 26]
Dan perkara seterusnya yang perlu kita lakukan ialah berdoa dan juga bertawakal kepadaNya.
Kita sebagai umat Islam pasti telah didedahkan tentang kisah-kisah percintaan para Nabi dan Rasul serta isteri. Sebagai contoh kisah Nabi Adam A.S. dan isteri yang bernama Hawa, kisah Nabi Muhammad S.A.W dan salah seorang isteri baginda Saiyiditina Khadijah, kisah Nabi Ibrahim A.S dan isteri-isteri bernama Hajar dan Sarah, kisah Nabi Sulaiman A.S dan Balqis serta kisah Nabi Yusuf A.S dan Zulaikha.
Namun begitu di dalam banyak-banyak kisah percintaan romantis para Nabi dan Rasul itu, kisah Nabi Allah Yusuf A.S dengan Siti Zulaikha paling menyentuh perasaan. Kisah mereka paling tragis, mengharukan, menyedihkan dan akhirnya penderitaan itu sampai ke titik penghujungnya iaitu kebahagiaan selamanya.
Zulaikha? Siapakah Zulaikha itu sebenarnya? Jika kita refer tafsir Al-Quran, Zulaikha merupakan isteri kepada pembesar Mesir bernama al-Aziz yang telah membeli Nabi Yusuf A.S dan kemudiannya Nabi Yusuf A.S telah dijaganya seperti anak. Di dalam Al-Quran juga ada menyentuh tentang Zulaikha sebagai wanita yang tidak tahu menjaga kehormatan diri kerana telah menggoda Nabi Yusuf A.S dan sanggup membuat fitnah kepada Nabi Allah Yusuf A.S apabila tidak berjaya memilikinya.
Adakah Zulaikha wanita seperti itu? Kita tiada hak untuk menilai siapa itu Zulaikha kerana kedudukannya yang mulia, tidak akan dia diangkat darjatnya untuk sehidup semati dengan Nabi Allah Yusuf A.S.
Seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran, di dalam Surah Yusuf, Allah mengkhabarkan sejelas-jelasnya kisah seorang insan pilihan Allah yang diberikan mukjizat.
Allah memberikan kelebihan kepada Nabi Yusuf berupa wajah yang tersangat tampan sehingga tiada dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki di dalam dunia ini.
Kerana kekacakan baginda itulah yang menyebabkan Zulaikha telah jatuh hati kepadanya. Dengan pujuk rayu, Zulaikha cuba menarik Yusuf agar melakukan kemungkaran namun Yusuf berlindung dengan Allah dari sebarang kemaksiatan. Melihatkan pujukannya tidak berhasil, Zulaikha berkeras sehingga akhirnya dia menarik belakang baju Yusuf sehingga terkoyak di bahagian belakangnya.
Kisah Nabi Yusuf yang difitnah berzina ini juga ada dijelaskan dalam Al-Quran, Surah Yusuf :
[24] Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.
[25] Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.
[26] Yusuf pula berkata: “Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:” “Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.
[27] Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar”.
[28] Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.
Bagi mengelakkan terjadinya perkara umpama itu, Yusuf merelakan dirinya dibuang ke dalam penjara. Ini semua dinyatakan dengan terang di dalam Al-Quran.
Walaupun Yusuf telah dipenjarakan, Zulaikha masih tidak dapat melupakanYusuf. Memandangkan hal itu, suaminya Al Aziz itu lantas menceraikannya dan membiarkan Zulaikha hidup merana keseorangan.
Zulaikha hilang segala-galanya yang pernah dimilikinya suatu masa dahulu. Dia kehilangan kekayaannya, kekuasaannya, kecantikannya dan menjadi juga menjadi buta.
Ini kerana Zulaikha dikatakan menangis sehingga keluar airmata darah kerana merindui Yusuf selama Yusuf dipenjara menyebabkan matanya rosak dan seterusnya buta. Dia berdoa kepada Berhala agar dikurniakan semula pandangan matanya agar suatu hari kelak dia berupaya bertemu dan melihat Yusuf kembali.
Zulaikha kemudian menyedari kesesatan jalan hidupnya selama ini. Keinsafan itu membawa kepada Zulaikha mencari cinta teragung yang menemukan Zulaikha dengan cinta kepada penciptanya. Zulaikha menemui cinta teragung itu dan di hatinya kini hanya ada Allah S.W.T.
Suatu hari sewaktu Nabi Allah Yusuf berjalan melihat Bandaraya Mesir yang sibuk itu, Yusuf telah bertemu dengan Zulaikha di dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Zulaikha buta dan berkeadaan seperti tidak terurus. Melihatkan akan hal itu, Yusuf merasa sebak dan terus membawa Zulaikha pulang untuk dirawat.
Dengan izin Allah, Zulaikha dapat melihat kembali. Allah kemudiannya mengembalikan keremajaan dan kecantikan Zulaikha sehingga menyebabkan Yusuf jatuh cinta kepadanya. Mereka kemudiannya berkahwin.
Di malam pengantin mereka, Yusuf telah bersiap-siap berdandan untuk sebuah pertemuan bagi melepaskan rindu berahi. Namun Zulaikha tidak berhenti-henti beribadat dan berzikir sehingga Yusuf merasa sudah tidak sabar. Akhirnya Yusuf menarik baju Zulaikha sehingga terkoyak baju Zulaikha di bahagian belakang. Di saat itu menjelma Malaikat Jibrail,
“Hai Yusuf!! Sesungguhnya baju dengan baju. Maka dengan ini tertebuslah maruah Zulaikha!!”
Berbahagialah mereka berdua kemudiannya sehingga ke akhir hayat. Hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang tersangat cantik bernama Rahmah yang kemudiannya berkahwin dengan Nabi Allah Ayub A.S.
Begitulah kisah percintaan dan kesetiaan Zulaikha terhadap insan yang dikasihinya iaitu Nabi Allah Yusuf. Miz harap kisah cinta yang penuh dengan elemen kesetiaan ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada kita semua tidak kira kaum Hawa mahupun kaum Adam sekiranya kita menginginkan kebahagian yang kekal dalam sesuatu hubungan. So, akhir kata dari Miz belajarlah untuk menjadi seorang yang SETIA.
@>-- Cerita ini Miz telah adaptasi dari sumber-sumber yang Miz peroleh dari internet dan juga tafsir Al-Quran.
Thursday, January 1, 2009
Mana Satu Pilihan Hati

Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..”
Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. “Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
@>-- Agak tersentuh pada ayat diperenggan terakhir yg tulisannya dah Miz Italickan. Memang betul apa yang mak kepada kakak tu cakap... tsssskkk... tssskkk... ='( .Miz termanggu seketika... Hmmm.. InsyaAllah... Semua ayat2 yang diboldkan tu, akan Miz jadikan sebagai pedoman...