:: PENGIKUT ::

Friday, April 6, 2012

Ujian Seorang Hamba Sesuai Dengan Tahap Imannya




Allah menguji hamba beriman-Nya menurut kadar imannya. Jika iman seseorang kuat, maka cubaannya pun kuat. Cubaan seorang Rasul lebih besar daripada cubaan seorang Nabi, kerana iman Rasul lebih tinggi daripada iman Nabi. Cubaan Nabi lebih besar daripada cubaan seorang abdal. Cubaan seorang abdal lebih besar daripada cubaan seorang wali. Setiap orang diuji menurut kadar iman dan keyakinannya.
Tentang ini Nabi Suci saw. Bersabda: Sesungguhnya kami, para Nabi, adalah orang yang paling banyak diuji. Oleh kerana itu, Allah terus menguji pemimpin-peminpin mulia ini, agar mereka senantiasa berada di sisi-Nya dan tak lengah sedikit pun. Dia, Allah SWT mencintai mereka, dan mereka adalah orang-orang yang penuh cinta dan dicintai oleh Allah, dan pencinta takkan pernah ingin menjauhkan diri dari yang dicintainya.
Maka, cubaan-cubaan memperkukuh hati dan jiwa mereka dan menjaganya dari kecenderungan terhadap sesuatu yang bukan tujuan hidup mereka, dari merasa senang dan cenderung kepada sesuatu selain Pencipta mereka. Nah, bila hal ini merasuk ke dalam diri mereka, maka hawa nafsu mereka meleleh, kedirian mereka hancur lebur dan kebenaran menjadi terang-benderang. Maka, kehendak mereka terhadap segala kesenangan hidup ini dan akhirat tertambat di sudut jiwa mereka. Dan kebahagiaan mereka berlabuh pada janji Allah, keredhaan mereka kepada takdir-Nya, dan kesabaran mereka dalam cubaan-Nya. Maka, selamatkanlah mereka dari kejahatan makhluk-Nya dan keinginan hati mereka.
Maka, hati menjadi kukuh dan mengendalikan anasir tubuh. Sebab cubaan dan musibah memperkuat hati, keyakinan, iman dan kesabaran, dan melemahkan haiwani dan hawa nafsu. Sebab bila penderitaan datang, sedang sang beriman bersabar, redha, pasrah kepada kehendak Allah dan bersyukur kepada-Nya, maka Allah menjadi redha dengannya, dan turunlah kepadanya pertolongan, kurnia dan kekuatan. Allah SWT berfirman: “Jika kau bersyukur tentu akan Kutambahkan.”
Bila diri manusia berhasil membuat hati memperturutkan keinginan tanpa adanya perintah dan izin dari Allah, kesyirikan dan dosa. Maka, Allah menimpakan kepada jiwa dan hati noda, musibah, luka, kecemasan, kepedihan dan penyakit. Hati dan jiwa terpengaruh oleh penderitaan ini. Namun, bila hati tak mempedulikan panggilan ini, sebelum Allah mengizinkannya melalui ilham, bagi wali, dan wahyu, bagi Rasul dan Nabi, maka Allah menganugerahi jiwa dan hati kasih-sayang, rahmat, kebahagiaan, kecerahan, kedekatan dengan-Nya, keterlepasan dari kebutuhan dan bencana. Ketahui dan camkanlah hal ini.
Selamatkanlah dirimu dari cubaan dengan penuh kewaspadaan, dengan tak segera menimpali panggilan jiwa dan keinginannya. Tapi, tunggulah dengan sabar izin dari Allah agar kau senantiasa selamat di dunia ini dan di akhirat.


Sumber:
Kitab Futuhul Ghaib
Syarah 22
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
Sumber : cahayamukmin

Tuesday, March 27, 2012

Ustaz Azhar Idrus Mencipta Fenomena Baru


Assalamualaikum wbt...
Ustaz Azhar Idrus, saya yakin sebut sahaja nama beliau di mana-mana pasti dikenali. Sebuah nama yang semakin hari meniti dibibir-bibir para pencari Cinta Ilahi di Malaysia kini. Ustaz Azhar kini mempunyai pengaruh yang kuat di Malaysia. Anak kelahiran bumi Terengganu ini berjaya mencuri hati mereka-mereka yang masih mencari identiti diri. Usah berbicara panjang lagi mari kita sama-sama mengenali siapa gerangan Ustaz Azhar Idrus ini dengan lebih dekat.


Profil


Nama: Ustaz Azhar Idrus


Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampung Ladang Kuala Terengganu


Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tingkatan 1 & 2), Sek. Men. Sultan Sulaiman (tingkatan 3 & 6)


Isteri: Rogayah Sulong, 42 tahun & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26 tahun


Anak: Nur Madihah Asyiqin, 20 tahun ; Nur Farhah, 19 tahun ; Mohd Faqihuddin, 18 tahun ; Mohd Zuhaili, 16 tahun ; Ikhwan Najmi, 14 tahun ; Khairul Mukmin, 7 tahun  & Rasydan, 6 tahun 


Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.

Sepintas lalu
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.  Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Perubahan
Bermula 1990, Ustaz  mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.
Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar  Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian website www.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.
Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam.  Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.

Pok Mang disisi Ustaz
Beliau adalah pembantu Ustaz.  Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok Mang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Dan menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang mencari hasil di laut sewaktu musim terkujuh membuka ruang untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas kepada Ustaz sampai ke hari ini.
Pok Mang selaku pembantu khas Ustaz Azhar Idrus (Gambar : FB UIA Original)




Bidadari Dunia

Assalamualaikum wbt...

Lagu ini ditujukan khas buat wanita-wanita muslimah yang mengunjungi blog ini. Semoga bait-bait lirik lagu ini serta alunan muziknya mampu membuat kalian tersenyum dan berasa senang, seterusnya menjadi lebih bersemangat untuk menjadi seorang wanita muslimah yang sejati. :)



Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

"Apabila wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, PUASA pada bulannya, TAAT pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya ; masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai. " (Riwayat Ibn Majah) 

Monday, March 26, 2012

Sifat Syukur Untuk Senang dan Tenang




Baru-baru ini ada seorang sahabat yang mengeluh. Katanya telah bertahun-tahun dia berkahwin, namun masih belum dikurniakan zuriat. Bonda bertanya, "Tidak ada zuriat, tapi kamu ada suamikan? Ketika ketawa masih bersisa dia menjawab, "Memanglah ada suami, Bonda. Tetapi anak pun saya nak juga.

Bonda tanya dia kembali, "Kalau dapat anak lelaki nanti, mesti kamu nak anak perempuan pulakkan? Dia kembali ketawa, "Mestilah nak!" Bonda pun turut ketawa. Tenggelam sebentar masalah yang dibincangkan.

Bonda teringat hadis ke-11 dalam bab Taubat kitab Riadhus Shalihin.

Abdullah bin ‘Abbas dan Anas bin Malik berkata: Bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Seandainya seorang anak Adam (manusia) mempunyai suatu lembah emas, pasti dia ingin mempunyai dua lembah. Tiada yang dapat menutup mulutnya (tidak ada yang dapat menghentikan kerakusannya kepada dunia) kecuali tanah (maut) dan Allah berkenan memberi taubat kepada sesiapa saja yang bertaubat.” (Bukhari & Muslim)

Aduhai, tajam sungguh sindiran baginda Rasulullah S.A.W. Tetapi itulah hakikatnya. Kita sentiasa berasa tidak puas hati dan jarang mensyukuri dengan apa-apa yang kita ada. Belum berkahwin, risau dikata tidak laku. Sudah berkahwin, berkeluh-kesah pula kerana belum menimang cahaya mata. Sudah dapat seorang, kita mahu menambah lagi seorang. Sudah dapat ramai anak, timbul rasa serabut pula dengan karenah anak-anak. Alahai, bilakah agaknya hati kita akan tenang?

Perasaan tidak puas dengan yang telah ada di genggaman memang sudah menjadi lumrah manusia. Namun, pujuklah hati. Belajarlah untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dan sedang kita miliki. Bukankah Allah sudah berjanji, jika kita bersyukur kepada-Nya atas nikmat yang dikurniakan, Dia pasti menambah lagi pelbagai nikmat untuk kita?

Justeru, mari kita berhenti dari sibuk berkeluh-kesah. Pujuklah hati dan teruslah memujuk. Ada seorang hamba Allah yang terlibat dengan kemalangan jalanraya. Kakinya lumpuh, mukanya cacat. Tetapi dia masih boleh ketawa dan riang seperti biasa. Bila ditanya rahsia ketabahannya, dengan tenang dia menjawab, "Kalau aku nak bersedih sebab tidak boleh berjalan lagi atau kerana muka aku dah hodoh, aku boleh bersedih dan terus merintih. Tetapi aku memilih untuk bersyukur dan bergembira sebab pada masa ini aku masih hidup, masih boleh bercakap, masih boleh melihat dan masih banyak nikmat yang Allah pinjamkan lagi untuk aku."

Jadi, tepuk dada tanya hati. Mampukah kita memujuk hati agar kembali menghargai apa yang ditakdirkan untuk kita? Mampukah kita berhenti berdukacita terhadap sesuatu yang kita tidak ada? Jika terasa sedih sebab kita tidak mampu membeli kasut baru, insaflah kerana di luar sana, masih ramai manusia yang hatta tidak berkaki langsung. 

Jika kita bersedih sebab dilahirkan sebagai anak yatim, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita telah terselamat dari dosa menjadi anak derhaka. Jika ketika ini kita belum punya suami, bersyukurlah juga kerana setidak-tidaknya kita tidak akan masuk neraka seperti kebanyakan wanita lain hanya kerana mereka telah menjadi isteri yang tidak tahu bersyukur terhadap suaminya.

Renungan buat diri.

Sumber : iluvislam.com

Tuesday, January 10, 2012

Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid

Assalamualaikum wbt..


Pernah dengar nama Don Daniyal? Siapa dia Don Daniyal? Mungkin ada yang mengenali beliau dan mungkin ada yang masih belum mengenali Ustaz Muda ini. Dialah Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid, penceramah muda yang baru menggegarkan industri penyiaran di Malaysia. Ustaz muda lagi macho ini (kata orang J ) mula dikenali  melalui slot tazkirah Ihya’ Ramadhan  di TV Al-Hijrah pada tahun lalu. Memiliki bakat yang cukup baik dalam menyampaikan ceramah secara bersahaja.

Kini beliau semakin dikenali dengan rancangan Penampilan ‘sempoi’ dan bersahaja Ustaz Don dalam ”Program 30 Minit Ustaz Don” TV Al-Hijrah juga. Program ini telah berjaya menarik rating yang begitu tinggi dan mula mengumpul ribuan peminatnya yang tersendiri. Bilangan pengikutnya di Facebook juga semakin bertambah hari demi hari.

Rancangan ini mula disiarkan di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu. Program 30 Minit Ustaz Don ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif. Ia member fokus kepada dua perkara penting untuk golongan tersebut iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai.


Ustaz Don telah berjaya memberi satu nafas baru dengan corak persembahan yang pelbagai untuk lari dari lingkungan dan suasana pembelajaran madrasah yang lazimnya, serius, kurang jenaka dan ‘berat’. Kaedah yang digunakan oleh beliau sangat mesra penonton, ‘hidup’, bersahaja dan tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip yang diberikan serta sangat mudah untuk difahami dan dicernakan.

Dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan ceria, ternyata Ustaz Don berjaya mencetus satu fenomena di dalam arena dakwah di Malaysia. Siapa kata orang muda tak pandai berdakwah? 

Sedikit sebanyak yang saya dapat cari mengenai Ustaz Don.


Biodata Ustaz Don


Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang ; Selangor
Status: Bujang (Dah bertunang)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir.


Video => Episod 1 : 30 Minit Ustaz Don - Pengenalan Tentang Islam




Video => Anak Aset ke Syurga atau Neraka? (Wajib tonton sampai habis)



Sumber tambahan : mynewshub & Google Image 

Friday, January 6, 2012

Sufiah Yusof Kembali ke Pangkal Jalan. Alhamdulillah...



"KUALA LUMPUR - Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof,23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran. Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam. Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata,pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.

“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu. “Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” katanya.


Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.


Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup. Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.


Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya. "Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).


“Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positifditunjukkan Sufiah dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada Allah,” katanya. Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan. Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk bertemu Sufiah. ~hmetro




P/S: Berkat doa-doa para muslimin dan muslimat di Malaysia yang masih sayangkan beliau. Alhamdulillah.. Semoga Amalina dan mereka-mereka yang terbabas dari laandasan juga didoakan agar kembali ke jalan yang benar. Jauhkanlah dari menghina gantikanlah dengan doa kita. Semoga dimakbulkan. Amin...

Rezeki Dipaksa Bertamu Dengan ISTIGHFAR



Adakah kalimah itu sering bermain-main dibibir kita? Jika YA, Alhamdulillah… teruskan menyulam kalimah itu dibibir dan jika TIDAK… Masih belum terlewat untuk memulakannya. Apakah yang kita faham dengan maksud ISTIGHFAR

Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.


Terjemahan Istighfar :

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya

MAKNA ISTIGHFAR

Istighfar mempunyai dua makna yang jelas yang menjuruskan kepada hubungan kita dengan Allah SWT.

Yang pertama, setiap kali kita beristighfar bererti kita minta keampunan kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Kerana itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah sajian terbaik buat kita supaya diampunkan segala dosa kesalahan kita.

Yang kedua, setiap kali kita beristighfar, minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.

TAHUKAH KITA?

Adakah anda tahu selain dari diampunkan dosa, salah satu daripada kelebihan istighfar ini adalah memaksa rezeki datang bertamu?  Rezeki itu datang dari pelbagai cara dan jenis. Rezeki bahagia, rezeki sihat, rezeki harta,rezeki anak, dan bermacam-macam lagi. Tak percaya? Majalah Al-Islam telah merungkaikannya. Tempat pertama memaksa rezeki masuk bukan solat dhuha tetapi jatuh kepada istighfar. Subhanallah. Bertapa besarnya hikmah kalimah ini.

TERBUKTI

Suami saya sendiri telah menceritakan pengalamannya mengamalkan istighfar setelah membaca artikel dari Majalah Al-Islam tersebut. Terbukti memang berkesan. Pada hari yang sama suami saya mendapat rezeki melimpah ruah yang tak disangka-sangka antaranya mendapat wang hasil ajaran mengaji yang tidak pernah diminta, hasil jualan baju berganda  dan seorang sahabat menghadiahkan beberapa barangan ketika kami bertandang ke rumah mereka. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Astaghfirullah...

Kesimpulannya di sini selalulah beristighfar. Bukan kerana untuk mendapatkan rezeki sahaja tetapi kerana dengan istighfar hati kita akan menjadi lebih tenang, dosa-dosa InsyaAllah akan  terhapus, dan akan sentiasa merasakan yang Allah SWT sangat dekat dengan kita walau di mana sekalipun kita berada. InsyaAllah.

Thursday, January 5, 2012

Kalau Tuhan Itu Betul-Betul Baik Kenapa Buat NERAKA?!



Ini kisah benar.. kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?", tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila Tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "


Oleh : Amin Fadzlan
Sumber : kedahlanie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...