:: PENGIKUT ::

Friday, January 6, 2012

Rezeki Dipaksa Bertamu Dengan ISTIGHFAR



Adakah kalimah itu sering bermain-main dibibir kita? Jika YA, Alhamdulillah… teruskan menyulam kalimah itu dibibir dan jika TIDAK… Masih belum terlewat untuk memulakannya. Apakah yang kita faham dengan maksud ISTIGHFAR

Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.


Terjemahan Istighfar :

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya

MAKNA ISTIGHFAR

Istighfar mempunyai dua makna yang jelas yang menjuruskan kepada hubungan kita dengan Allah SWT.

Yang pertama, setiap kali kita beristighfar bererti kita minta keampunan kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Kerana itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah sajian terbaik buat kita supaya diampunkan segala dosa kesalahan kita.

Yang kedua, setiap kali kita beristighfar, minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.

TAHUKAH KITA?

Adakah anda tahu selain dari diampunkan dosa, salah satu daripada kelebihan istighfar ini adalah memaksa rezeki datang bertamu?  Rezeki itu datang dari pelbagai cara dan jenis. Rezeki bahagia, rezeki sihat, rezeki harta,rezeki anak, dan bermacam-macam lagi. Tak percaya? Majalah Al-Islam telah merungkaikannya. Tempat pertama memaksa rezeki masuk bukan solat dhuha tetapi jatuh kepada istighfar. Subhanallah. Bertapa besarnya hikmah kalimah ini.

TERBUKTI

Suami saya sendiri telah menceritakan pengalamannya mengamalkan istighfar setelah membaca artikel dari Majalah Al-Islam tersebut. Terbukti memang berkesan. Pada hari yang sama suami saya mendapat rezeki melimpah ruah yang tak disangka-sangka antaranya mendapat wang hasil ajaran mengaji yang tidak pernah diminta, hasil jualan baju berganda  dan seorang sahabat menghadiahkan beberapa barangan ketika kami bertandang ke rumah mereka. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Astaghfirullah...

Kesimpulannya di sini selalulah beristighfar. Bukan kerana untuk mendapatkan rezeki sahaja tetapi kerana dengan istighfar hati kita akan menjadi lebih tenang, dosa-dosa InsyaAllah akan  terhapus, dan akan sentiasa merasakan yang Allah SWT sangat dekat dengan kita walau di mana sekalipun kita berada. InsyaAllah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...