:: PENGIKUT ::

Tuesday, October 13, 2009

Pertukaran Nama Panggilan Diri...

Miss Indee aka MIZ,
Internet,
Malaysia.
________________________________________________________


Rakan-rakan Cyber,
Dimana jua anda berada,
Internet.com,
Global.                                                        10 OKTOBER 2009


Tuan/ Puan/Cik/Encik dan sebagainya,


PER : Pertukaran Nama Panggilan Diri


Di sini, Miss Indee aka MIZ (Miss Ieka_Zue) ingin memaklumkan bahawa pertukaran kata ganti diri telah dibuat beberapa kali iaitu dari panggilan Miss Indee kepada MIZ lalu bertukar kepada Saya dan seterusnya ingin menyatakan bahawa pertukaran nama panggilan diri akan dibuat untuk kali yang terakhirnya kepada nama panggilan yang menggunakan kata ganti diri yang pertama iaitu 'Aku'. 


2.     Perkara ini terpaksa dilakukan berikutan penggunaan kata panggilan 'Saya' menyebabkan skop untuk meulis dan berkarya menjadi sedikit terbatas.


3.    Selain itu, saya juga perlu bertindak sedemikian kerana saya ingin memastikan selepas ini saya dapat berkarya dengan penuh ke'sempoi'an dan ke'slumber'an bukan dengan ke'skema'an.


Penerimaan baik dari pihak anda sekalian saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian.


Yang benar,
Miss Indee


P/S : Penggunaan dan pertukaran kata nama panggilan diri ini bergantung kepada kesesuaian ayat. Sekian.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...