Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulilllah.. Syukur kehadrat Ilahi kerana Dia telah memberi saya peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini. Sudah hampir sebulan kita meraikan bulan Syawal yang mulia ini.
Hari ini genaplah hari yang ke 23 kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Bualan Bulan Syawal kali ini seperti biasa disambut dengan sederhana sahaja. Ketiadaan atuk dan nenek di kedua-dua belah pihak (ayah and mama) membuatkan kemeriahan beraya kurang dirasai. Cuma apabila berpeluang pulang ke Johor Bharu, barulah mood raya itu dapat dirasai. Kehadiran sanak saudara sebelah mama sedikit sebanyak dapat menimbulkan semangat kekeluargaan yang semakin lama semakin pudar dek kesibukan kehidupan masing-masing. Alangkah indahnya jika masa dapat diputarkan kembali ke zaman ketika sekolah rendah dahulu... *sigh*..
Masa zaman sekolah dahulu.. kehadiran bulan Syawal pasti dinanti-nantikan oleh aku, adik-adik dan sepupu-sepupu yang lain. Mana tidaknya, setiap kali bulan Ramadhan pasti akan ada majlis berbuka puasa beramai-ramai di rumah nenek Chah (nenda sebelah mama). Semua ahli keluarga sebelah mama akan berkumpul beramai-ramai bekerjasama menyediakan juadah berbuka puasa bersama-sama. Bantu membantu antara satu sama lain. Bergelak ketawa sesama sendiri. Berbuka puasa bersama-sama. Setelah selesai berbuka puasa, ahli keluarga yang dewasa akan menunaikan solat maghrib dan tarawikh secara berjemaah manakala kami yang kanak-kanak riang ini akan sibuk di luar bermain bunga api dan mercun yang dibelikan oleh arwah atuk...
Tidak kurang hebatnya bila berbuka puasa di rumah nenek Uda (nenda sebelah ayah). Sama seperti disebelah mama, setiap ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk menikmati juadah berbuka bersama-sama. Tetapi perkara yang paling aku ingati sekali pada ketika itu adalah masakan yang dimasak sendiri oleh arwah nenda yang sangat disayangi. Penangan sambal tumis nya sehingga sekarang masih boleh dirasai... RINDUNYAAAA~ Isk..isk...Tapi semua tu takkan kembali lagi.. Semuanya telah menjadi kenangan dan juga sejarah yang perlu dikenang...
Semalam 12 Oktober 2009 genaplah 12 tahun aku kehilangan insan yang sangat-sangat amat aku kasihi. Insan yang banyak berjasa kepadaku. Insan yang menjaga, mendidik serta membesarkanku. Insan yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan dan kasih sayang. Insan banyak bersabar dengan kerenahku. Insan yang banyak membuatkan aku mengalirkan air mata setiap kali aku terkenang dirinya... Insan itu tak lain dan tidak bukan nenda yang teramat aku cintai, sayangi dan kasihi iaitu nendaku yang bernama FATIMAH BINTI ABU AMIN.
Kehilangannya benar-benar membuatkan aku terasa kosong. Saat-saat diberitahu dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya merupakan saat-saat yang takkan aku lupakan seumur hidupku. Aku rasakan dunia seolah-olah terhenti ketika ahli keluarga ku memberitahu tentang pemergiannya. Apa tidaknya... Nendaku merupakan orang yang bertanggungjawab mengambil tugas menjaga dan membesarkan aku ketika mama dan ayah keluar bekerja. Mungkin kerana status ku sebagai cucu sulung kepada nenda, aku dididik dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bahagi sehingga menyebabakan per'musuh'an sering berlaku diantara aku dan Busu ku.. Per'musuh'an berlaku berikutan Busu ku mengalami kejelesan yang terlampau apabila aku lebih dimanjakan oleh arwah nenda berbanding beliau. (Padan muka busu~ ngiahaha~)
Itulah nenda... Beliau amat memanjakan cucunya yang seorang ini. Dan aku... Segala perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian... Pasti akan dikongsikan bersama nenda. Setiap kali pergi dan pulang ke sekolah tadika... nenda la yang menghantar aku pergi dan mengambil untuk dibawa pulang. Ya Allah.. Betapa besarnya pengorbanan nenda kepada ku...
Tetapi kini... nenda telah tiada... Cuma kenangan sahaja yang hidup bersama ku kini... Aku rindukan nenda... Benar-benar merindui nenda... Setiap kali aku dirundung masalah... Setiap kali aku dimarahi ayah atau pun mama... Pasti wajah nenda yang bermain-main di depan mata... Dan setiap kali itulah air mata akan mengalir tanpa dipaksa.... Alangkah bahagianya sekiranya masa dapat diputarkan semula... Tapi itu semua adalah mustahil... Semua perkara yang berlaku dalam hidup kita, perjalanannya telah diaturkan yang Maha Esa... Aku sedar... Yang pergi tetap akan pergi... Yang hidup... perlu teruskan hidup mencari pedoman diri.... Apa yang penting... Aku sentiasa menyayangi insan yang bernama FATIMAH ABU AMIN itu... seikhlas hati ini... AL FATIHAH....

No comments:
Post a Comment