:: PENGIKUT ::

Tuesday, March 30, 2010

Imtihan Datang Lagi...





Pejam celik... pejam celik... rupa-rupanya semester ini sudah sampai dipenghujungnya. Terlalu cepat masa berlalu sehinggakan tidak perasan sudah 4 bulan aku bergelar pelajar  kembali setelah setahun lebih memberi (menjadi pengajar) dan tidak menerima (menjadi  pelajar). Tidak sangka semester ini dapat aku lalui dengan tenang walaupun tidak dapat lari dengan onak ranjau berduri. Alhamdulillah...  Apa yang kini aku telah berada di penghujung semeters semester seperti pelajar-pelajar IPT yang lain, aku juga tidak terkecuali menghadapi perkara yang paling ngeri untuk dilalui.



IMTIHAN=PEPERIKSAAN. Memang sangat menggerunkan apabila teringat kembali saat-saat peperiksaan menjengukkan diri di zaman-zaman ketika belajar di sekolah dan universiti (peringkat Sarjana Muda) dulu. Kalau diberi peluang, memang nak sangat lari dari peperiksaan. Tapi apakan daya seTAKNAK mane sekalipun, terpaksa juga diharungi juga. Sama juga seperti hidup di dunia ni, nak taknak kita akan sentiasa menghadapi peperiksaan yang tak henti-henti. Berbaki 14 hari lagi, paper untuk subjek pertama akan bermula. Aku sangat-sangat memerlukan kekuatan untuk memastikan sisa-sisa masa yang tinggal ini dapat digunakan dengan sebaiknya. Semoga Allah memberikan aku kekuatan dan menjauhkan diriku dari sifat malas. AMIN. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...