:: PENGIKUT ::

Saturday, March 20, 2010

3 Cara Mengawal Emosi








Seorang ulama tasawuf, Yahya bin Mu'az al-Razi telah memberi panduan berkenaan cara mengawal emosi. Beliau berkata hendaklah kita menjaga 3 perkara yang menjadi habuan orang mukmin iaitu :


1. Apabila kita tidak dapat memberi kebaikan kepada orang lain, jangan pula menyusahkan dia

2. Apabila kita tidak sudi menyukakan hatinya, jangan pula kita menyebabkan dia berdukacita

3. Apabila kita tidak mahu memuji dia, jangan kita cela dia


Sebenarnya, setiap entri yang dituliskan di dalam blog ini mempunyai sebab dan tujuan tersendiri untuk dipostkan. Begitu juga dengan entri kali ni.

Sebenarnya dalam masa beberapa minggu ni emosiku terganggu disebabkan oleh sesuatu perkara. Berkaitan dengan persahabatan

Sahabat  ini dikenali pada hari pertama aku menjejakkan diri di kuliah pertama pengajian sarjana saya.  Pada awal perkenalan semuanya baik sahaja. Tiada masalah dan kami agak rapat. Tapi saya sendiri tidak pasti di mana silapnya. Sebaik sahaja naik cuti pertengahan semester, segalanya berubah. Dia mengasingkan diri dari saya. Dia seolah-olah ingin menjauhi saya. Tidak bertegur sapa walaupun sepatah. Tengok muka pun tak nak. Apa salah saya sampai dia berubah jadi macam tu?. Sejujurnya persoalan itu sudah berminggu-minggu bermain kat fikiran ini. Runsing. Tersangat runsing. Tapi saya seboleh-bolehnya mencari peluang untuk bercakap dan  berusaha bertindak seperti tiada apa-apa perkara pun yang berlaku. Saya lakukannya kerana saya tau tak halal  kalau kita tak bertegur sapa lebih dari tiga hari. Kalau tak percaya cuba baca kat sini. Tapi semuanya sia-sia. 

Apa yang terjadi sebenarnya? Apa yang telah saya lakukan sehinggakan dijauhi dan diasingkan macam tu sekali? Kalau saya ada buat salah teruk sekalipun, mengapa perlu menghukum sampai macam tu sekali? Jika betul saya ada melakukan kesalahan... Silalah berterus terang. Tegur-tegurlah saya. Tindakan dia membuatkan hati saya tak tenteram dan seolah-olah saya rasakan saya telah membuat kesilapan yang tersangat besar dan terlalu sukar untuk dimaafkan. Tapi apa? 

Hampir sebulan perkara ni membelenggu. Tapi penyelesaian tetap tidak kelihatan. Emosi memang tidak stabil. Mungkin saya perlu belajar cara-cara untuk mengawal emosi seperti apa yang tertulis di atas. Mungkin saya ada membuat salah tanpa disedari. Jadinya, kalau saya tidak mampu memberikan kebaikan kepada dia, mungkin saya tidak perlu lagi menarik perhatian dia untuk berbaik kembali dengan saya jika itu akan menjadi penyebab dia menjadi susah. 

Rasanya, saya juga perlu bersangka baik. Mungkin dia tidak ada masa untuk menyukakan hati saya sebab final exam dah nak dekat. Banyak lagi perkara yang perlu dia fikir. Jadi dari dia fikirkan nak ambil hati saya untuk makan sama-sama ke... apa ke... baik dia tumpukan perhatian dia kat exam. So, tak perlu lagila saya nak berdukcaita kalau-kalau ajakan saya untuk makan sekali kat kafe ditolak. 

Dan akhir sekali, apa yang dia lakukan kepada saya tu tak berapa nak elok tapi baik saya memotivasikan diri daripada saya mencela perbuatan dia. So, dosa tak bertambah. Maksiat hati pun sedikit sebanyak dapat dirawat. Apa-apapun... Saya sentiasa akan berdoa semoga Allah memulihkan kembali tali persahabatan kami.  Sekian, wassalam.


DOA MENJAUHKAN PERMUSUHAN

Bismillahirrahmanirrahim...







BoldAllaahumma la tusymit bii 'aduwwii wa la tasu' bii shodiiqii wa laa taj'al mushiibatii fii diinii wa laa taj'alid dun-yaa akbaro hammii wa laa tusallith 'alayya man la yarhamunii yaa hayyu ya qoyyum
Ya Allah! Janganlah jadikan musuhku gembira kerana kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku, dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku, dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan dan bermaharajalela ke atas ku. Wahai Tuhan yang hidup yang menjaga alam semesta.



@>--- Sahabat itu adalah kaum sejenis. =)

2 comments:

Teduhan Azzahra said...

Salam ika..

Persahabatan yang bak itu, bila bergaduh, ia akan pulih, dan hubungan akan lebih erat setelah itu.

Di antara 7 golongan yang akan mendapat naungan rahmat Allah di akhirat kelak, antaranya, 2 orang yang berkasih sayang, bertemu berpisah kerana Allah.

Persahabatan merupakan sedekah dari Allah kepada kita. Persahabatan di ikat dengan rasa kaseh sayang. Dan.. hanya Allah saja yang mampu berbuat demikian iaitu memberi nikmat kaseh sayang itu. Bila telah hilang kaseh sayng, bermakna mgkn Allah telah mencabut rasa simpati dan sayang dari kita, itu bermakna, Allah mengingatkan kita untuk ingat pada Dia, bahawa, "aku bersyukur dengan sedekah(persahabatan) Mu ini Ya Allah..". Apabila kita ingat semula, rupanya kerana karunia Allah lah kita dapat menuai pahala dengan persahabatn, Ensya Allah, Allah akan pulihkan semula. minta lah pada-Nya..Sebenarnya, Allah mahu kita selalu bersyukur dengan karunia-nya. Sbb itulah kita ini hamba, tapi Tuan kepada kaseh sayang itu Allah..Maka pohonlah pada Dia dengn benar lagi mengerjakan solat.

wallahu'alam

.:: Miss Indee ::. said...

Salam Yuni,

Terima kasih atas nasihat yang Yuni berikan... InsyaAllah... Ieka takkan berputus ada untuk memohon pertolongan dari Dia...

Rindu dan sayang Yuni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...