Assalamualaikum wbt...
Setelah sekian lama menyepikan diri... Saya kini kembali. Maaf kerana saya tidak dapat menunaikan kata-kata saya tempoh hari untuk mengemaskini blog ini. Terlalu banyak perkara terutama sekali pengajian amat memerlukan komitmen yang tinggi dari saya. Jadi saya memilih untuk sepi seketika di dalam dunia blog.
Syukur alhamdulillah... Satu sem yang sangat mencabar telah dilepasi. Kini, saya hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT di atas usaha yang telah saya lakukan sepanjang sem. Selesai semua peperiksaan kini tibalah masa untuk melapangkan fikiran dan meluangkan masa untuk mengemaskini blog ini. InsyaAllah..
FAIS EXCELLENCE TRAINING RESOURCES akan menganjurkan "KEM I LOVE SOLAT Bersama DESTINY" pada 7-10hb Dis 2010...Berikut adalah maklumat program;
Tarikh : 7-10hb Dis 2010 (Empat Hari, Tiga Malam)
Lokasi : Kem Bina At Taqwa,Bukit Changgang, Banting, Selangor
(berhampiran Paya Indah Wetlands)
Sasaran Peserta : 9 hingga 12 Tahun
Yuran : RM110.00 seorang sahaja (jika pendaftaran lebih dari seorang akan diberi potongan RM10.00 setiap seorang)
Yuran merangkumi ; Penginapan,makan minum sepanjang program,aktiviti dan bahan program
Jika berminat, sila PM saya (Zulaikha) di Facebook atau dengan menghantar email di zulaikha870104@gmail.com atau terus meninggalkan komen di bawah post ini.
Dan sekiranya anda inginkan maklumat yang lebih lanjut bolehlah hubungi : En. Isma (017-359 0753) / Pn.Junaidah (013-243 7616)
Kandungan Modul
* Kenali Diri
* I Love Solat
* Rukun dan Praktikal Wudhu'
* Bacaan Dalam Solat
* Explorace
* Indahnya Malam
* Semangat Membara
* Adab Anak Soleh dan Solehah
* Teori & Praktikal Solat Jama & Qasar
* Kita Sama...Semua Sama
*** Saksikan persembahan khas oleh kumpulan DESTINY
Akhir kata, bantulah anak2 @ adik2 @mengisi masa lapang dengan ilmu yang bermanfaat untuk mereka di dunia dan akhirat kelak... InsyaAllah.
وعن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُم قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: <مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر، وفرقوا بينهم في المضاجع> حديث حسن رواه أبو داود بإسناد حسن.
“Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka telah berumur tujuh tahun. Pukullah mereka jika meninggalkan solat apabila mereka berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah antara mereka (yakni antara anak lelaki dan anak perempuan) pada tempat-tempat tidur” (HR Abu Daud dari ‘Amru bin Syu’aib yang meriwayatkan dari bapanya yang meriwayatkan dari datuknya. Menurut Imam an-Nawawi; sanad hadis ini adalah hasan.
"Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin."(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)
No comments:
Post a Comment