Sungguh bersemangat orang rumahku untuk menyambut kedatangan syawal pada tahun ini. Segala perancangan untuk malamnya dibuat dengan penuh teliti. Malam 19 dan pagi hari 20 Ramadhan menjadi saksi kesungguhannya itu. Siang melakar visi malam mengukir misi. Bersama-sama ahli joinventurenya (para aunty dia) dan bantuan tambahan yang didatangkan khas dari ampang (younger sis tercinta)..
Siang melakar visi
Bermula ketika bersahur,kebenaran dari diriku telah diminta untuk dia mencari segala tools untuk mereka siapkan projek ‘rahsia’ mereka ini. Tanpa mengiyakan atau menidakkan permintaannya,aku hanya membatu,mendiamkan diri..bukan kerana sudah bisu takda suara mahupun mengantuk yang bertandang kat mata..akan tetapi memikirkan jawapan yang harus diberikan kepada si peminta sorang ni.. adakah nak diluluskan, atau ditolak atau TOV aje dulu. Bila ditanya nak beli barang apa dia jawab "ada laa..". “hmm, bersecret projek sangat la dia ni..” Gerutu aku dalam hati sorang-sorang. Pening menguasai diri..lalu aku rebah jua Qoilulah untuk solat Jumaat yang bakal tiba. [ Tapi Qoilulahku itu lebih ke arah Kaisuroh sket =) ]
Jam 10.03 pagi
“Abang.. bangunlah.. macamana dengan jawapan yang saya minta pagi tadi?”
‘’Emm.. apaaaa..’’ ngaumku dalam angan dan sedar
‘’Saya minta izin nak pergi Tesco tadikan.. apa keputusan Abang..boleh ke tak boleh?’’ lembut suaranya mengulangi apa yang dia hajati sewaktu fajar tadi..semakin membuatkan mataku terapat kembali
‘’Nak buat apaaaa..’’ ngaumku lagi
‘’Nak beli barang-barang untuk malam ni lah sayang...’’
‘’Ooo.. kedai mamak kat belakang umah kita tu kan ada.. pergi beli kat sana je la barang-barang yang awak nak tu..’’ repekku tanpa mengetahui apakah yang dia nak beli.
‘’Kedai mamak mana ada encik AhBang oii..’’
‘’Awak nak beli apa?’’
‘’Aaya nak beli barang untuk buat kuih malam ni la’’
Ooo..rupa-rupanya dia nak buat kuih raya. Ingatkan nak buat kari kambing. Patutlah tak ada kat kedai mamak barang-barang tu..
‘’Hmm.. pergilah.. tapi tak boleh.. tapi takpe lah,pergi je lah..eh eh, tak boleh tak boleh..ermm..ok lah, pergilah’’ jawabku untuk memeningkan kepalanya pula. Tuala kucapai cubitan dia yang sampai.. Aduuuishh..
Malam mengukir misi
Bermula jam 10.00 malam.. setelah usai mengerjakan solat terawih bersama Mr.copy Syeikh Masyari Rasyid, melangkahlah dia kerumah sharepartner nya yang juga merangkap aunty tersayang. Segala peralatan untuk misi ‘peperangannya’ sekali-kali tidak dilupakan. Sungguh meriah malam itu. Disertai suara kekanak bermain mercun dan bunga api apatah lagi tak terkalah bunyi mercun itu sendiri. Segala kenikmatan tersebut mereka abaikan. Segala gangguan dari sikecik-sikedik mereka pedulikan. Segala kepenatan membeli barangan, mengemaskan hidangan berbuka puasa mereka ketepikan. Apa yang penting..mission must be accomplished.
Hujan mulai turun sedikit demi sedikit menandakan sang Malaikat Rahmat, petugas ‘AzzawaJalla melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Begitu rahmat bahkan sungguh rahmat. Bumi yang siangnya panas dengan bahang sang suria kini kembali dingin, nyaman dengan kehadiran bulan dan air rahmat ini.
Aku yang sedari tadi bersantai merehatkan minda,membaca info-info terkini dari FB & Bloggy..dikejutkan dengan satu suara halus memanggil panggilanku..
‘’Abangggggg..’’ seram sejuk dibuatnya diriku yang memang tak berapa nak berani ni. Kukuatkan diri, kuyakinkan nafsi bahawa sesungguhnya hantu dan syaitan dibelenggu pada bulan Ramadhan,baik pada siang mahupun pada malam hari.
‘’Abangggggg..”suara itu berulang lagi. Apakah semua ini. Suara siapakah yang sungguh misteri menggangu ketenteraman hati..??
‘’Abang.. dengar tak saya panggil ni?? Asyiknya dia dengan blog tu..aish...’’ laaa..isteriku rupanya. Ingatkan siapalah tadi. Kuss semangat hamba..
“ye saya..ada apakah dengan Cinta?”sahutku menenangkan keadaan yang bercampur seram,angin,tertekan(sebab tak jawab panggilan dia)
Tanpa berpatah dengan kata-kata dia hanya tersenyum. Pelik dengan suasana yang terjadi aku pecahkan kebuntuan dengan satu soalan spot,memerangkap dirinya untuk memberitahu apa yang dia nak sebenarnya
‘’Mana kuihnya,dah siap belum?’’
Disertakan dengan senyuman yang tak putus-putus dari bibir kanan ke bibir kirinya,dia menghulurkan 1 piring kuih kepadaku yang hanya ada 2 ketui sahaja di dalamnya.
‘’Hmm..sedap. best. Apa nama kuih ni??’’
‘’Kuih Arab atau lebih tepat biskut Arab”
“Oohh..sila tambahkan lagi kesedapannya neh’’ sengehku...
‘’Ini je ke,lain-lain tak ada?’’ soalku lagi kerana nak makan free
‘’Ada.. tapi..” jawabnya tersekat-sekat
Ni yang tak sedap ni. Sesuatu khabar gembira akan bertukar menjadi tanda tanya apabila ayat atau perkataan seseorang itu disertakan dengan TAPI pada akhirnya.
‘’Apa yang tapi nya tu?’’ siasatku ingin mengurai masalahnya
‘’Gas dah habis.. yang lain masih dalam oven..” jawabnya sambil tersengeh...
Tetapi aku masih belum menemui apa yang dia kehendaki. Perangkapku belum dia pijak.
“Oohh gas dah habis.. Jadi.??’’ umpanku supaya dia terjerat
‘’Jadi.. nak pinjam gas rumah kita la. Abang boleh tolong angkatkan?’’
Nah. Itu dia Jeratku mengena. Udang disebalik batu itu keluar juga akhirnya =). Angkat-mengangkatlah kami balang gas berbaki berhijrah kerumah sebelah. Jam 5.00 pagi,misi mereka tercapai... Apa yang aku tahu ketika itu.. diriku telah rebah ‘syahid’ terlebih dahulu, meninggalkan mereka dalam medan ‘peperangannya’.
No comments:
Post a Comment