:: PENGIKUT ::

Friday, January 2, 2009

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat
02. Sabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08. Jangan usil dengan kekayaan orang
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu taksub akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur kerana kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu,berjemaah & di masjid
25. Biasakan solat malam
26. Perbanyak dzikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takbur dan besar kepala
42. Berlakulah adil dalam segala urusan
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
46. Perbanyak silaturahim
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
48. Bicaralah secukupnya
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan
55. Hormatilah kepada guru dan ulama
56. Rajin-rajin berselawat kepada nabi
57. Cintai keluarga Nabi saw
58. Jangan terlalu banyak hutang
59. Jangan terlampau mudah berjanji
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bersembang pada perkara yang tidak berguna
62. Bergaullah dengan orang-orang soleh
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendirian
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan
71. Jangan melukai hati orang lain
72. Jangan membiasakan berkata dusta
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
77. Jangan membuka aib orang lain
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
81. Jangan merendah diri kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
86. Hargai prestasi dan pemberian orang
87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan
8. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu,dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang bersangkut dgn teman kita, sebelum dipastikan kebenarannya
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan
96. Sambutlah huluran tangan setiap orang dgn penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri
98. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
100. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

@>-- Setelah Miz baca tentang 100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman ni. Miz rasakan masih terlalu banyak perkara yang perlu Miz perbaiki. Miz akui bukan sesuatu perkara yang mudah untuk mencapai atau mempraktikkan perkara2 di atas ni untuk munuju seterusnya mendapatkan kesempurnaan iman tu. Tapi bagi Miz selagi kita masih berdaya dan mempunyai kekuatan untuk mempraktikkan perkara2 di atas ni, selagi itulah kita berpeluang untuk mendapatkan kesempurnaan iman tu. Jangan sesekali katakan 'TIDAK' sebelum mencuba satu2 perkara tu. Itu prinsip yang perlu ditanamkan dalam diri kita semua. Setelah berusaha dan mencuba untuk memperbaiki kelemahan2, banyak2kanlah berdoa kepada Allah S.W.T dan akhir sekali bertawakkal kepadaNya. Sama2lah kita berjuang untuk memperbaiki kelemahan diri yang ada supaya suatu hari nanti kita akan dapat merasakan nikmat apabila berjaya ke tahap kesempurnaan iman itu. Ameen...

2 comments:

Anonymous said...

waa..susahnye nak wat sume 100 langkah 2..
xpe la, sket2 lame2 jd bukit..
hihi..
Smoga kite sume sentiase dlm redhaNya.. =)

.:: Miss Indee ::. said...

betul tu wani...
tlalu bnyk perkara yg perlu kite buat b4 dapat menuju kesempurnaan iman tu...
Hopefully kite sume akan berjaya mendapatkannye...
Ameen... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...