:: PENGIKUT ::

Thursday, February 5, 2009

Mutiara Cinta (Jiwang seketika... =p)


  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
  • Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Ini adalah kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka pernah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangkitkan kembali kepercayaan.
  • Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang sebenar-benarnya yang telah dijanjikan untuk kita, kita hendaklah berterima kasih dengan apa yang telah diberikan untuk kita itu.
  • Sungguh menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintai kita, mencintai seseorang yang berpura-pura mencintai kita tetapi lebih menyakitkan lagi apabila mencintai seseorang dan kita tidak memiliki keberanian untuk menyatakan cinta itu kepadanya.
  • Kadangkala kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati, sehinggalah sampai satu masa kita kehilangan dia. Pada masa tu, menyesal seemenyesal-menyesalnya pun tidak berguna lagi.
  • Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
  • Berhati-hatilah dengan cinta, sebab cinta juga boleh membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU. (Agak menakutkan lho!... hoho...)
  • Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.
  • Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada wanita ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Taqwa.
  • Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Sesiapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta sebab cinta itu bukanlah suatu objek yang boleh dilihat dengan mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan (Cinta itu adalah sesuatu yang terlalu subjektif...).
  • Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kita mahukan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan didalam dirinya.
  • Kita tidak akan pernah tahu bila kita akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tangan ni dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
  • Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Allah yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
  • Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah perkara yang paling sukar untuk kita perolehi.
  • Jika kehadiran cinta itu sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
[Artikel ni dicopy, diedit dan dipost oleh Miz dari --> Sarikata.com]

@>--- Sekali sekala kita berbicara tentang cinta... Apa salahnya kan? ;p

4 comments:

putarakanama said...

nape la tulisan kecik sgt?sakit mato den.haha...xtau nk komen pe mls nk bace tulisan dia kecik.jgn jiwang sgt nnt berkarat.

.:: Miss Indee ::. said...

saje je nak suh org berfikir... apekah yg perlu digunakan oleh sesape saje kalo nak bace entry ni? hehe....

putarakanama said...

haha...maybis masih xdapat fokus tuk baca artikel ni.nnt maybis beli kanta pembesar maybis baca balik.

.:: Miss Indee ::. said...

Bagus2...
kalo tak cukup pakai skali spect mate and contct lens... kalo tak bole gak... aih~ tatau nak kate ape lagi... =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...