Jiwa bergelora? Bergelora? Cuak? Stress? Murung? Tiada perasaan? Sukar untuk digambarkan perasaan pada ketika ini. Kedatangan mid semester exam benar-benar menguji ketenangan hati. Hampir 2 tahun tidak menduduki peperiksaan... Kini perasaan yang paling dibenci pada suatu ketika dulu muncul kembali. Terlalu sukar nak ditafsirkan perasaan sendiri pada ketika ni.
Biarpun persediaan dari awal telah dibuat tapi perasaan yang tidak disukai tu tetap hadir... Tak tau lah macam mana lagi cara yang terbaik untuk menghadapinya. Mungkinkah amal ibadat perlu dipertingkatkan lagi? Ya.. Mungkin ada benarnya... Orang kata usaha tangga kejayaan... Tapi usaha tanpa doa dan amal ibadat sia-sia sahaja apa yang diusahakan tu. Mungkin ada juga yang cemerlang semata-mata kerana usaha... Tapi yang pasti hasilnya mungkin tak seberapa dan kurang keberkatan.
Insan yang tersayang pernah menasihati... Apa yang penting untuk memperoleh sesuatu adalah dengan DUIT. DUIT? Apakah itu duit? Bukan duit yang sering kita gunakan untuk membeli apa sahaja itu... Tetapi DUIT ini adalah punca kepada kejayaan kita...
D : Doa
U : Usaha
I : Istiqamah
T : Tawakkal
DOA... Perkara utama yang kita perlu lakukan sekiranya kita inginkan sesuatu... Semua orang akan lakukan perkara yang sama. Cuma bergantung kepada cara masing-masing...Apa yang pasti untuk memiliki sesuatu kita pasti akan berniatkan? Niat pun sebahagian dari doa jugak... Dan mungkin dengan kesungguhan yang ada doanya akan ditambah-tambahkan lagi dengan menggandakan amal ibadat kepada Yang Maha Pencipta. Dan rasanya, perkara ini lah yang perlu diri ini lakukan. Semoga dipermudahkan segalanya.
Kedua... USAHA... Usaha adalah perkara kedua yang terpenting selepas doa. Kalau berdoa sahaja tanpa usaha... Kejayaan pasti takkan kita peroleh. Contoh termudah... A adalah seorang yang miskin tetapi dia hanya berdoa sahaja untuk menjadi kaya tanpa melakukan apa-apa pekerjaan... So, logik tak A tu nak dapat harta sekepuk tiba-tiba je? Memang tak logikkan? Kalau dia nak dapat harta karun sekalipun... Pasti dia perlu buat sesuatu untuk memperoleh harta karun tu kan? Terbuktilah doa tanpa usaha adalah perkara yang sia-sia semata...
ISTIQAMAH... Apakah yang dimaksudkan dengan ISTIQAMAH? Istiqamah bermaksud memberikan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan... Jika kita ingin mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara... Kita berdoa dan berusaha secara konsisten atau berterusan dan bersungguh-sungguh... Kalau setakat separuh-separuh jalan dan tak bersungguh-sungguh... Hasilnya mungkin tak memenuhi apa yang diinginkan... Dan tiada siapa yang perlu dituding jari melainkan diri sendiri...
Yang terakhir ialah TAWAKAL... TAWAKAL bermaksud berserah kepada Allah SWT selepas kita berusaha... Itulah yang terbaik. Hanya kepada Allah SWT kita berserah... Dan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya... InsyaAllah... Dia tidak akan menghampakan hama-hambaNya yang telah berdoa, berusaha dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu... Tetapi jika apa yang diinginkan itu tak dapat... Bersangka baiklah kepada Allah SWT... Dan ingatlah Dia Maha Mengetahui segala apa yang terbaik untuk kita semua...
Untuk merawat hati yang sedih kalau kita tak dapat apa yang kita inginkan... Berpeganglah pada ayat di bawah ni... InsyaAllah... Kita takkan kecewa... Bahkan kita tidak akan berputus asa dan terus berusaha untuk menunaikan impian kita....
"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari , rupa-rupanya, ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha."
@>--- Post kali ditulis bertujuan untuk memuhasabah diri penulis sendiri sempena nak exam minggu depan. Semoga entry dapat input kali ni dapat memberi input kepada anda semua. Sekian. :)
No comments:
Post a Comment