:: PENGIKUT ::

Monday, April 12, 2010

Final Exam...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Selamat pagi semua... Diharapkan kita semua sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah SWT. Pejam celik... pejam celik... cuma tinggal sehari sahaja lagi masa yang ada untuk saya bertungkus lumus membuat persiapan terakhir bagi menghadapi peperiksaan akhir. Peperiksaan akan berlangsung pada hari Rabu ni (14hb April) bagi paper Proses Stokastik. (killer subject nih... ) Ape tu proses stokastik? Kalau nak menambah ilmu hisab cuba la klik kat sini. Sekadar tengok-tengok untuk tahu apa itu proses stokastik sudah memadai. Tak perlu fahamkan. Saya risau kalau ada yang cuba-cuba nak fahamkan nanti, lain pula jadinya... Hehe.

Walaupun persediaan telah dibuat dari awal lagi... perasaan risau dan cuak masih bermaharaja lela. Tapi tak boleh layan sangat rasa cuak tu sebab nanti satu kerja pun tak jalan. Saya sedang cuba mengawal minda dan memujuk hati supaya tenang untuk menghadapi exam nanti. Diharapkan usaha yang telah dilakukan sebelum ini akan membuahkan hasil. Sempena nak exam ni saya nak kongsikan sesuatu dengan sesiapa sahaja yang lalu lalang di blog saya ni. DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN. Klik je kat link sebelah ni. Tu yang saya dapat dari internet. Tapi biasanya... Saya amalkan doa yang mudah diingati. Setiap kali exam mama saya akan berpesan. "Along kalau nak jawab soalan exam jangan lupa baca Al-Fatihah, 3 Qul, Ayatul Qursi dan doa-doa penerang hati". Dan seseorang juga telah berpesan, sekiranya kita lupa ketika dalam peperiksaan, selawatlah ke atas nabi seberapa banyak yang boleh dalam masa yang sama cuba ingatkan apa yang kita lupa. InsyaAllah akan ingat apa yang kita lupa tu. Tapi kalau boleh amalkan lah selawat la ke atas nabi setiap hari, Jangan masa nak exam je baru teringat nak buat semua tu. Sehingga sekarang saya berpegang dengan nasihat dan pesanan mereka. Alhamdulillah, setakat ni memang dipermudahkan. (Kalau sulit sekali pun mungkin sebab usaha saya tak 100%). So, tak boleh la nak salahkan sesiapa melainkan menyalahkan diri sendiri.  



Sempena nak exam ni saya ingin mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN kepada sesiapa sahaja rakan-rakan yang bakal menghadapi exam. INGAT... Apa yang paling penting ialah DUIT(<-- Klik). Doakan kejayaan bersama. Semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Sampai sini sahaja buat masa ni. Nota stokastik saya sedang melambai-lambai menyuruh saya menelaah mereka kembali. Salam ukhuwwah buat semua. Sekian. Wassalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...