:: PENGIKUT ::

Friday, April 23, 2010

Omong kosong

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Syukur alhamdulillah... Saya baru sahaja usai menduduki exam pada jam 9-12 pagi tengahari tadi. Selama 3 jam memerah otak untuk subjek Cryptology...Yang tak boleh jawap pun jawab jugak tadi... goreng kasi garing punya.. Apapun syukur sebab takde tinggal sebarang kekosongan pada kertas jawapan. Apa yang penting dah usaha sehabis-habis daya... Selebihnya kepadaMu aku berserah... Tawakkal kepada Allah SWT.

Oleh kerana ada exam pada hari ini... makanya saya terpaksa la meninggalkan blog ni tanpa di update untuk seketika (dalam masa 2 minggu ni)... Alhamdulillah... Masuk-masuk je blog ni tadi saya nampak kawan2 saya dah pun bertambah... 46 orang blogger da jadi takan rakan taulan saya. Terima kasih daun keladi... :) 

Sekarang ni cuaca agak panas di luar... Nak basuh baju blok D1 ni takde air la pulak. Sabar je la. Tapi takpe... Saya ada blog untuk diupdate. So, baju-baju sila tunggu sehingga air ada balik. Baru la anda-anda semua akan dilayan dengan baik. Okey?

Buat masa ni saya masih mencari-cari bahan untuk dikongsikan dalam blog ni. Tunggu la petang sikit nanti, kalau rajin blog ni akan di update dengan info-info yang boleh dikongsikan bersama. Sekarang ni otak masih berada diawang-awangan lagi akibat daripada ilmu-ilmu yang baru sahaja dikeluarkan untuk menjawab exam sebentar tadi. 

Lepas update blog ni saya nak merehatkan mata dan fikiran seketika. Petang pulak nak update blog. InsyaAllah... Lepas tu saya akan kembali bertungkus lumus study untuk next paper (29 April 2010). Paper yang terakhir untuk semester ni. Paper subjek Fuzzy Math. Semoga paper terakhir akan memberi sinar baru untuk saya mendapat A. Doa-doakan saya ye?  Sekian sahaja buat kali ni. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat illahi... Salamun Alaik...

Nak tenangkan minda sekejap... Setenang air dilautan ini... Subhanallah... 

2 comments:

PCL said...

sy doakan semoga anda berjaya...mudah2an ..Amin .

.:: Miss Indee ::. said...

salam pakciklie... amin... terima kasih atas doanya... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...