Pagi tadi tiba-tiba saya teringat pada suatu peristiwa yang pernah berlaku pada diri sendiri. Peristiwa ni bagi saya agak memalukan diri sendiri. Malu yang sukar untuk ditafsirkan tahap malunya. Ini kisahnya....
Saya mempunyai seorang teman dari lulusan sebuah universiti terkenal di Mesir. Ada ketika saya akan berhubung dengan dia dan dari situ pelbagai tajuk cerita yang akan keluar. Tup... Tup... Satu hari ni tiba-tiba satu soalan yang telah membuatkan saya terdiam seketika terpacul dari mulutnya. Nak tau apa? Dia tanya saya,
"Apa yanga berlaku masa zaman Nabi Ibrahim?"
"Erk~ Hehehe... Saya tak ingatlah awak. Da lama sangat dah tak baca kisah-kisah nabi..." Jawab saya yang ketika itu dapat merasakan bahang kepanasan di muka. Darah naik ke muka sebab MALU.
Pada ketika itu baru saya tersedar betapa teruknya saya. Belajar tinggi-tinggi, tapi bila ditanya tentang kisah-kisah nabi, memang tak ingat. Cuma ada beberapa kisah je yang masih diingati contohnya kisah Nabi Adam A.S, Nabi Nuh A.S, Nabi Yusuf A.S... 3 kisah Nabi aka Rasul dari 25 Rasul. Oh! Satu angka yang agak memalukan sebagai seorang yang bergelar Muslimah. Jahilnya diri ini tentang ilmu-ilmu sebegini. Agak-agaknya ada tak orang lain dapat rasakan apa yang saya rasakan ni? Hmmm..
Saya sebagai umat manusia di zaman ini sedar dan perasan yang kita semua ni akan berasa segan apabila mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, rasa malu apabila mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan di sekolah, rasa rendah diri bila anak-anak tak lulus dalam peperiksaan, rasa kuno apabila mereka tidak tahu apakah itu Facebook dan lain-lain lagi. Tapi kita tidak sedar, betapa banyaknya ilmu-ilmu agama Islam yang sepatutnya menjadi 'bahan makanan" kita diketepikan.
Cuba bayangkan kalau tiba-tiba ada orang yang bukan Islam menyoalkan tentang sirah nabi ni. Contohnya tiba-tiba bila dia tanya, siapa itu Nabi Isa dalam Islam?. Kalau kita tak ambil tahu langsung tentang kisah-kisah ni mesti kita tak boleh jawabkan? Malulah kita sebagai umat Islam tak tau cerita-cerita yang berkaitan dengan agama kita sendiri.
Berbalik semula kepada kisah saya di soal tu. Akibat perasaan malu terlampau dan membuak-buak. Akhirnya saya search kat Internet untuk mencari mana-mana blog atau website yang ada menceritakan tentang kisah-kisah nabi ni. Akhirnya pencarian saya itu berhasil. Disebabkan kekangan masa, saya sering terlupa untuk membaca isi-isi kandungannya. Tapi saya sangat mengharap untuk membaca dan mengingati kisah-kisah nabi. So bermula dari hari ni, saya akan postkan tentang kisah-kisah nabi dalam blog saya ni supaya mudah untuk saya membacanya nanti. Sekian.
****
MUKADDIMAH
Nabi dan Rasul adalah manusia-manusia pilihan yang bertugas untuk memberi petunjuk kepada manusia tentang keesaan Allah SWT dan membina mereka agar melaksanakan ajaran-Nya. Ciri-ciri mereka dikemukakan dalam Al-Qur’an,
Di dunia ini telah banyak Nabi dan Rasul telah diturunkan, tetapi yang wajib diketahui oleh umat Islam adalah sebanyak 25 Nabi dan Rasul, iaitu :
"... ialah orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah. Mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan." (Q.S. Al Ahzab : 39).
Perbezaan diantara Nabi dan Rasul adalah : seorang Nabi menerima wahyu dari Allah SWT untuk dirinya sendiri, sedangkan Rasul menerima wahyu dari Allah SWT untuk disampaikan kepada segenap umatnya. Para Nabi dan Rasul mempunyai 4 sifat wajib dan 4 sifat mustahil, serta satu sifat jaiz, yaitu :
1.Shiddiq (benar), Mustahil ia Kizib (dusta).
2.Amanah (dapat dipercaya), mustahil Khianat (curang).
3.Tabliqh (Menyampaikan wahyu kepada umatnya), Mustahil Kitman (menyembunyikan Wahyu).
4.Fathonah (Pandai/cerdas), Mustahil Jahlun (Bodoh).
5.Bersifat jaiz yaitu Aradhul Basyariyah (sifat-sifat sebagaimana manusia contohnya makan, tidur, berjalan, berkahwin dan lain-lain lagi)
Di dunia ini telah banyak Nabi dan Rasul telah diturunkan, tetapi yang wajib diketahui oleh umat Islam adalah sebanyak 25 Nabi dan Rasul, iaitu :
Nabi Adam as (KLIK)
Nabi Idris as (KLIK)
Nabi Nuh as (KLIK)
Nabi Huud as
Nabi Shaleh as
Nabi Ibrahim as
Nabi Ismail as
Nabi Luth as
Nabi Ishaq as
Nabi Ya’qub as
Nabi Yusuf as
Nabi Syu’aib as
Nabi Ayyub as
Nabi Dzulkifli as
Nabi Musa as
Nabi Harun as
Nabi Daud as
Nabi Sulaiman as
Nabi Ilyas as
Nabi Ilyasa as
Nabi Yunus as
Nabi Zakaria as
Nabi Yahya as
Nabi Isa as
Nabi Muhammad saw
@>--- Bermula dari post ini saya akan cuba untuk memasukkan satu demi satu post tentang kisah nabi ni satu persatu mengikut turutan. Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan dan mengambil iktibar dari apa yang kita baca ni. InsyaAllah. (Pesanan untuk diri sendiri : SILA BACA SAMPAI HABIS KISAH 25 RASUL INI. OK??!!)
No comments:
Post a Comment