:: PENGIKUT ::

Friday, August 12, 2011

Salam Ramadhan : Kembali ke Alam Maya - Dunia Blogging.

Bismillahirrahmanirrahim....


"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana kita masih diberikan peluang untuk meraikan Ramadhan tahun ini. Bulan Ramadhan merupakan bulan rahmat dan bulan untuk memperbanyakkan amal soleh selain dari bulan untuk kita berpuasa. InsyaAllah, sama-sama kita mencari keredhaan Allah SWT dengan mendekatkan diri kepadaNya dan menjalankan tanggungwajap kita sebagai hambaNya dengan menunaikan kewajipan Rukun Islam ke 3 ini  seperti mana yang telah tertulis di dalam Al-Quran iaitu : "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah Al-Baqarah: 183) dengan sepenuh hati.

Syukur di atas rahmatNya, saya telah dibukakan pintu hati untuk kembali berkarya dan berkongsi cerita di sini setelah sekian lama saya menyepikan diri. Insyaallah selepas ini saya akan cuba untuk istiqamah dalam mengisi ruang-ruang yang ada di blog ini. Ilmu, pandangan dan pendapat sahabat-sahabat blogger sekalian amatlah saya nantikan dan hargai. Semoga selepas ini saya dan anda semua dapat sama-sama menyumbang idea untuk sama-sama kita kongsikan di sini. Dengan wajah baru dan nafas yang baru iaitu dari blog yang dinamakan sebagai " WHAT A LIFE " dibrand newkan kepada " Penjejak CintaMu diharapkan pencarian erti hidup sebenar dapat ditemui dengan menjejak CintaNYA. InsyaAllah.

Sampai di sini sahaja kali ini. InsyaAllah masa terluang akan kembali mengetuk papan kekunci.

P/S : Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi meninggalkan jejak di ruangan komen.

Salam Ramadhan.

Miss Indee

3 comments:

Anonymous said...

teruskan usahamu..=)

Anonymous said...

usah dibiarkan erti putus asa itu datang untuk bertapak didalam Qalbu kecilmu.. teruskan berusaha duhai Serikandiku.. iringan doa dan sokongan padu dariku kan sentiasa mendampingimu..=)

.:: Miss Indee ::. said...

InsyaAllah saudari/sauadara... saya akan cuba istiqamah pada kali ini. Doa anda amat saya hargai. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...