:: PENGIKUT ::

Wednesday, August 17, 2011

Kisah Penghijrahan Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot

Assalamualaikum Wbt.




InsyaAllah kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai cerita seorang selebriti tanah air yang terkenal dengan wajah Pan Asianya. Siapa sangka, Wardina Safiyyah, dahulunya hidup dalam keseronokan dunia mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Berkat kesabaran si Ibu dan kerana doa seorang Ibu yang tidak putus akhirnya Wardina Safiyyah telah dikurniakan rahmat dan hidayah dari Allah SWT.

Menurut cerita beliau, beliau merasakan sesuatu sebaik sahaja melihat Kaabah dan melakukan perubahan sedikit demi sedikit, bermula dengan memperbaiki solat (tidak tinggal 5 waktu) akhirnya menzahirkannya melalui hijab.

Selanjutnya… lihat sendiri cerita Wardina di bawah ni.


Pengajaran tersirat yang saya dapati dari kisah beliau :

1. Sejahil mana pun kita lihat seseorang tu, jangan sesekali bersangka buruk kepada dia. Siapa tahu dia akan menjadi lebih baik daripada kita suatu hari nanti? Apa yang penting, doakan semoga dia mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT.

2. Mereka yang ingin berhijrah ke arah kebaikan, jangan risau kehilangan kawan-kawan terdahulu kerana Allah SWT akan datangkan orang yang baik-baik untuk berkawan dengan mereka. Siapa kata Allah SWT tu tak membantu hamba-hambaNya? Satu kesilapan yang BESAR bagi mereka itu. (Contoh : Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara). 

3. Tiada paksaan dalam agama Islam. Tiada paksaan untuk melakukkan perubahan ke arah kebaikan secara mendadak. Berubah sedikit demi sedikit dan insyaAllah akan istiqamah.

4. Jangan pernah ragu untuk berubah ke arah kebaikan kerana Allah SWT sentiasa bersama kita.


What ever happens, Allah give the best for us.

 Islam is cool and Islam is the only Way of Life. 

InsyaAllah.

=)

1 comment:

Anonymous said...

=)
nice..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...