:: PENGIKUT ::

Tuesday, January 10, 2012

Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid

Assalamualaikum wbt..


Pernah dengar nama Don Daniyal? Siapa dia Don Daniyal? Mungkin ada yang mengenali beliau dan mungkin ada yang masih belum mengenali Ustaz Muda ini. Dialah Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid, penceramah muda yang baru menggegarkan industri penyiaran di Malaysia. Ustaz muda lagi macho ini (kata orang J ) mula dikenali  melalui slot tazkirah Ihya’ Ramadhan  di TV Al-Hijrah pada tahun lalu. Memiliki bakat yang cukup baik dalam menyampaikan ceramah secara bersahaja.

Kini beliau semakin dikenali dengan rancangan Penampilan ‘sempoi’ dan bersahaja Ustaz Don dalam ”Program 30 Minit Ustaz Don” TV Al-Hijrah juga. Program ini telah berjaya menarik rating yang begitu tinggi dan mula mengumpul ribuan peminatnya yang tersendiri. Bilangan pengikutnya di Facebook juga semakin bertambah hari demi hari.

Rancangan ini mula disiarkan di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu. Program 30 Minit Ustaz Don ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif. Ia member fokus kepada dua perkara penting untuk golongan tersebut iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai.


Ustaz Don telah berjaya memberi satu nafas baru dengan corak persembahan yang pelbagai untuk lari dari lingkungan dan suasana pembelajaran madrasah yang lazimnya, serius, kurang jenaka dan ‘berat’. Kaedah yang digunakan oleh beliau sangat mesra penonton, ‘hidup’, bersahaja dan tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip yang diberikan serta sangat mudah untuk difahami dan dicernakan.

Dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan ceria, ternyata Ustaz Don berjaya mencetus satu fenomena di dalam arena dakwah di Malaysia. Siapa kata orang muda tak pandai berdakwah? 

Sedikit sebanyak yang saya dapat cari mengenai Ustaz Don.


Biodata Ustaz Don


Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang ; Selangor
Status: Bujang (Dah bertunang)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir.


Video => Episod 1 : 30 Minit Ustaz Don - Pengenalan Tentang Islam




Video => Anak Aset ke Syurga atau Neraka? (Wajib tonton sampai habis)



Sumber tambahan : mynewshub & Google Image 

2 comments:

karyawanbisu said...

semoga Allah sentiasa merahmati ustaz Don.. Amin =)

ila said...

ieka...he..bagus2..suka2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...